• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo Z9 dan Z9x dilancar, bateri besar 6000mAh dan pengecas pantas sehingga 80W

  • OLEH Najib
  • 8:31 pm
  • 09/05/2024
  • Komen
iQoo Z9 dan Z9x dilancar, bateri besar 6000mAh dan pengecas pantas sehingga 80W
Share on FacebookShare on Twitter

iQoo Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan siri iQoo Z9. Terdapat dua model diperkenal dalam siri ini, iaitu iQoo Z9 yang lebih perkasa, dan iQoo Z9x dengan harga lebih mampu milik.

Harga dan Promosi siri iQoo Z9

Walaupun baru dilancar hari ini, iQoo sebenarnya telah membuka tempahan awal sejak 25 April. Diskaun dan hadiah percuma disediakan untuk mereka yang sanggup membeli lebih awal sebelum pelancaran. Kini selepas dilancarkan, harga rasmi siri iQoo Z9 didedahkan iaitu:



  • iQoo Z9x (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999
  • iQoo Z9x (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
  • iQoo Z9x (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,199
  • iQoo Z9 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,399
  • iQoo Z9 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499

Sebagai promosi pelancaran pula, dari sekarang sehingga 19 Mei 2024, pembeli berpeluang mendapat hadiah percuma untuk pembelian siri iQoo Z9. Untuk pembeli iQoo Z9x, akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM187 iaitu speaker, powerbank Pinergy, fon putik vivo TWS 3e dan 1 tahun perlindungan skrin.

Manakala untuk pembelian iQoo Z9 sehingga 19 Mei, akan mendapat hadiah percuma bernilai RM168 dalam bentuk beg iQoo, fon putik vivo TWS 3e dan 1 tahun perlindungan skrin.



Spesifikasi iQoo Z9x

Bagi iQoo Z9x, ia dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Kad mikroSD turut diterima sehingga 1TB.

Skrinnya jenis ada kadar penyegaran sehingga 120Hz, dan kadar kecerahan setinggi 1,000nits. Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 8MP. Di belakang pula, ia ada kamera utama 50MP dan kamera potret 2MP.

Bateri pula sangat besar, berkapasiti 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W. Selain itu, ia juga ada speaker stereo tetapi sangat lantang, dilengkapi teknologi Audio Booster untuk meningkatkan tahap bunyi sehingga 300%.

Spesifikasi iQoo Z9

Bagi iQoo Z9 pula, ia adalah peranti lebih berkuasa. Prestasi tingginya digerakkan oleh cip Snapdragon 7 Gen 3, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Sistem penyejukan juga lebih baik, dengan penggunaan ‘Vapor Chamber’ seluas 6,043mm².

Skrin ultra lancar di iQoo Z9x menyokong kadar penyegaran setinggi 144Hz, daripada jenis AMOLED serta resolusi 1.5K. Kamera hadapan 16MP dimuatkan di dalam lubang di atas skrin. Kamera belakang pula gabungan kamera utama 50MP Sony IMX882 dan kamera potret 2MP.

iQoo Z9 juga ada bateri sangat besar, berkapasiti 6,000mAh dan ia menyokong pengecasan lebih pantas, SuperCharge 80W.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk iQoo Z9x dan iQoo Z9.

Bacaan Berkaitan

  • Dapatkan siri iQoo Z9 dari RM699 dalam tempahan awal sekarang
  • iQoo Z9 dan iQoo Z9x, telefon mampu milik akan dilancar di Malaysia pada 25 April
  • iQoo Z7 & iQoo Z7x: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: iQooiQoo Z9iQoo Z9x
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
iQoo Z9 dan Z9x dilancar, bateri besar 6000mAh dan pengecas pantas sehingga 80W

iQoo Z9 dan Z9x dilancar, bateri besar 6000mAh dan pengecas pantas sehingga 80W

9 May 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER