• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Anda boleh tonton semua 51 perlawanan Euro 2024 di Astro, Sooka dan NJOI

  • OLEH Najib
  • 6:21 pm
  • 16/05/2024
  • Komen
Anda boleh tonton semua 51 perlawanan Euro 2024 di Astro, Sooka dan NJOI
Share on FacebookShare on Twitter

Ingat bola, mesti ingat Astro kan. Sama seperti sebelum ini, Astro akan menyiarkan kesemua 51 perlawanan bola sepak Euro 2024 secara langsung. Tetapi kini, orang ramai ada beberapa pilihan untuk menontonnya sama ada melalui Astro, Sooka atau NJOI. Tahun ini, SPOTV mendapat lesen sebagai penyiar tunggal Euro 2024 di Malaysia dan Singapura.

Euro 2024 yang diadakan di Jerman tahun ini, akan berlangsung dari 15 Jun sehingga 15 Julai 2024. Sebanyak 24 negara Eropah bersaing di kejohanan kali ini, bermula dari peringkat enam kumpulan dan seterusnya ke pusingan kalah mati 16 pasukan, sehinggalah perlawanan akhir.



Pelanggan Astro

Untuk pelanggan Astro, tontonan Euro 2024 diberikan percuma untuk pelanggan Pek Sukan. Ia disediakan menerusi dua saluran iaitu SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (Saluran 809). Pengguna Astro juga boleh menonton menerusi aplikasi Astro Go (Apple AppStore, Google PlayStore, Huawei AppGallery).

Jika anda pelanggan Astro tetapi tiada Pek Sukan, anda boleh menambahnya dengan tambahan RM42.99/bulan, melalui aplikasi My Astro (Apple AppStore, Google PlayStore, Huawei AppGallery) atau di laman web Astro.



Kalau anda bukan pelanggan Astro dan mahu melanggannya, boleh mendaftar terus Astro bersama Pek Sukan baharu dengan harga bermula dari RM99.90/bulan.

Pelanggan NJOI

Untuk pengguna NJOI pula, akses ke SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (Saluran 809) boleh didapati dengan melanggan Sports Mega Pack. Pek sukan ini berharga RM15/hari atau RM47/30 hari. Pengguna NJOI boleh melanggan pek ini menerusi aplikasi My NJOI (Apple AppStore, Google PlayStore, Huawei AppGallery).

Pengguna Sooka

Cara lebih mudah tanpa kontrak dan kotak tv fizikal, adalah menerusi Sooka. Khas untuk Euro 2024, Sooka menawarkan Pas EU berharga RM39.80 yang boleh digunakan menonton di aplikasi Sooka (Apple AppStore, Google PlayStore) atau menerusi laman web Sooka. Untuk menonton di skrin besar TV Pintar, pengguna Sooka boleh melanggan Pelan Premium berharga 42.99/bulan.

[Sumber: Astro]

Bacaan Berkaitan

  • Pengguna CelcomDigi boleh layan Euro 2024 dengan pas bermusim hanya RM29.90
  • Hotlink Super Streamer Pass: Tonton siaran langsung sukan, filem dan anime serendah RM9.90/bulan
  • Sooka tawar pas 24 jam untuk anda tonton bola sepak dan sukan antarabangsa lain
Tags: astroEuro 2024NJOIsookaSPOTV
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Anda boleh tonton semua 51 perlawanan Euro 2024 di Astro, Sooka dan NJOI

Anda boleh tonton semua 51 perlawanan Euro 2024 di Astro, Sooka dan NJOI

16 May 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER