• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V30 5G turun harga, kini lebih murah selepas dua bulan

  • OLEH Najib
  • 11:12 am
  • 21/05/2024
  • Komen
Vivo V30 5G turun harga, kini lebih murah selepas dua bulan
Share on FacebookShare on Twitter

[Kemaskini 5.50pm: Vivo memaklumkan bahawa penurunan harga Vivo V30 hanya sementara sempena sambutan ulangtahun ke-10. Sementara stok masih ada]


Telefon pintar Vivo V30 baru sahaja dilancar di Malaysia pada bulan Mac lepas. Selepas dua bulan, Vivo Malaysia kini mengumumkan penurunan harga kekal sementara untuk Vivo V30. Promosi ini diadakan sempena sambutan ulangtahun ke1- Vivo.



Penurunan harga kekal Vivo V30 ini menunjukkan penurunan harga RM100 untuk semua varian Vivo V30. Ini menjadikan harga rasmi Vivo V30 seperti berikut:

  • Vivo V30 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,999 RM1,899
  • Vivo V30 (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM2,199 RM2,099

Pastinya ini menjadikan Vivo V30 pilihan menarik untuk bajet di bawah RM2,000.



Spesifikasi Vivo V30

Jangan tersilap dengan versi Pro, Vivo V30 bukan Pro ini dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3, berasma RAM 12GB dan storan antara 256GB atau 512GB. Ia memiliki skrin melengkung AMOLED besar, berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K (2800×1260), serta kadar penyegaran setinggi 120Hz dan kecerahan puncak mencecah 2,800nits.

Lubang kecil di atas skrin, memuatkan kamera hadapan yang hebat. Ia bukan sahaja ada resolusi tinggi 50MP, malah datang dengan autofokus dan sudut lebar 9-darjah. Sebab itu, ia digelar pakar potret. Kamera belakang pula menggandingkan kamera utama 50MP serta kamera ultralebar 50MP, bersama pencahayaan Aura Light Portrait 3.0 untuk memberikan kecerahan yang semulajadi. Satu perbezaan utama model ini dengan versi Pro adalah ketiadaan lensa Zeiss.

Untuk tenaga, Vivo V30 memiliki bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 80W menerusi USB-C. Vivo mendakwan, bateri ini boleh kekal sihat selama 4-tahun, sekali ganda lebih tahan berbanding bateri biasa.

Pengimbas capjari ada di dalam skrin. Telefon ini juga diiktiraf kalis percikan air IP54. Sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14 dipasang pada Vivo V30.

Ada tiga warna pilihan disediakan untuk Vivo V30, antara hijau, putih dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo V30.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Vivo V30 Malaysia: Bateri terbesar dan yang pertama dengan lencana Zeiss
  • Vivo V30e dengan Aura Light 3.0 mula ditawar pada harga RM1,399
  • Vivo Y18 tiba di Malaysia, ada NFC dan kalis air IP54 bawah RM600
Tags: vivovivo v30
Najib

Najib

POPULAR

Vivo V30 5G turun harga, kini lebih murah selepas dua bulan

Vivo V30 5G turun harga, kini lebih murah selepas dua bulan

21 May 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER