• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad Touch n Go Luxe kembali, kini berwarna hijau keemasan dan harga tidak berubah

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 28/05/2024
  • Komen
Kad Touch n Go Luxe kembali, kini berwarna hijau keemasan dan harga tidak berubah
Share on FacebookShare on Twitter

Touch n Go hari ini berkongsi tentang ketibaan semula kad NFC dengan rupa premium, Touch n Go Luxe. Kali ini ia bukan lagi berwarna hitam, sebaliknya menampilkan warna hijau tetapi mengekalkan sentuhan keemasan pada sisi dan logo Touch n Go. Kad ini diberi nama Touch n Go Luxe Green Edition.

Sama seperti kad Luxe sebelum ini, ia tiada sebarang gambar, lukisan mahu pun tulisan pada kad. Hanya warna hijau dan sedikit garisan dan logo keemasan pada kad, bagi menyerlahkan rupa premium kad ibarat kad kredit mahal.



Harga dan ketersediaan

Dalam perkongsian di Facebook rasmi Touch n Go, kad Touch n Go Luxe Green Edition sudah mula dijual hari ini tetapi hanya terdapat di Lazada sahaja. Harganya tidak berubah, sama macam kad edisi khas Touch n Go yang lain iaitu RM25 sekeping.

Lawatan ke Lazada mendapat, kad ini masih ada stok untuk dibeli dan boleh dibeli lebih dari sekeping seorang. Diharapkan Touch n Go akan menyediakan stok yang banyak, dan menjualnya di platform lain seperti Shopee, serta di kedai fizikal Touch n Go di Nu Sentral dan Bangsar.



Fungsi kad Touch n Go Luxe Green Edition ini sama seperti kad Touch n Go NFC. Pengguna boleh membuat tambah nilai kad terus dari telefon pintar yang memiliki fungsi NFC, menerusi aplikasi Touch n Go eWallet. Kad ini juga menyokong fungsi PayDirect untuk membayar tol, di mana ia akan menggunakan baki di aplikasi Touch n Go eWallet apabila kad disentuh di plaza tol.

Ketahui cara untuk tambah nilai kad Touch n Go NFC di telefon pintar di sini. Selain itu, perlu diketahui bahawa kad Touch n Go NFC ada tarikh luput lebih pendek, hanya 7 tahun berbanding 10 tahun di kad biasa.

[Sumber: Touch n Go]

Bacaan Berkaitan

  • Touch n Go lancar kad Hot Wheels edisi terhad, boleh menang tol percuma 1 tahun
  • Touch ‘n Go x Shopee keluarkan kad tema Hari Raya, tawar pakej bundle
  • Charm Raya Touch n Go, beli sambil menderma
  • TNG Charm Sport Edition bulu tangkis buat pencinta badminton dilancar
Tags: tngtng nfcTouch n GoTouch n Go NFC
Najib

Najib

POPULAR

Kad Touch n Go Luxe kembali, kini berwarna hijau keemasan dan harga tidak berubah

Kad Touch n Go Luxe kembali, kini berwarna hijau keemasan dan harga tidak berubah

28 May 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN