• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Indonesia siasat Shopee guna algoritma khas utamakan kurier sendiri berbanding pesaing

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:36 pm
  • 30/05/2024
  • Komen
Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak berkuasa antipersaingan Indonesia, Komisi Pengawas Persaingan Usaha (KPPU), dilapor sedang menyiasat pengendali platform beli-belah dalam talian, Shopee, atas dakwaan antibersaing. Ia selepas Shopee dikatakan mendahulukan kurier mereka sendiri untuk memenuhi keperluan logistik platform tersebut.

Walaupun pengguna di Indonesia boleh memilih kurier yang dikehendaki, Shopee dikatakan merangka satu algoritma yang mengutamakan servis sendiri lantas menenggelamkan servis krier pesaing. Itulah yang didakwa KPPU dalam satu sesi pertemuan pada 28 Mei 2024. Shopee diminta untuk member penjelasan dalam sesi pertemuan yang berikutnya pada 11 Jun 2024.



Kerajaan Indonesia nampaknya sangat bersungguh-sungguh menjaga pasaran tempatan. Contohnya dalam bulan Oktober 2023 lalu, negara itu mengharamkan operasi TikTok Shop. Kerajaan Indonesia memberikan rasional ingin melindungi peniaga tempatan yang membuka kedai fizikal daripada menerima kesan daripada kepopularan TikTok Shop.

Dilaporkan yang TikTok Indonesia mempunyai kira-kira 125 juta pengguna aktif dan mereka memanfaatkan data sosial yang dipungut untuk mengiklankan produk-produk e-dagang dalam TikTok Shop.



Di Malaysia, Kementerian Komunikasi & Digital (KKD) pada waktu itu ada mengkaji dengan lebih mendalam tentang langkah kerajaan Indonesia mengharamkan TikTok Shop, sebelum mengambil apa-apa langkah pembendungan yang sama di Malaysia.

Shopee benar kurier pihak ketiga di platformnya

Buat pengetahuan anda, Shopee membenarkan kurier bukan SPX dan beberapa rakan kurier lain untuk menghantar pembelian, sekurang-kurangnya untuk Shopee Malaysia dan servis itu dikenali sebagai Non-Shopee Supported Logistic (Non-SSL). Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi dan ia tertakluk kepada kebenaran pihak Shopee.

Contohnya, bermula 21 November 2023, pemohon Non-SSL perlu menyertakan sekali dokumen pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk kedua-duak ategori Virual Goods dan Seller’s Own Fleet.

Itu adalah syarat tambahan baharu yan perlu dipenuhi bersama-sama dengan syarat-syarat sedia ada. Contohnya, penjual perlu mempunyai kadar Non-Fulfilment (NFR) bawah daripada 5%, mempunyai kadar membalas chat melebihi 85%, dan macam-macam lagi. Kemudian untuk mereka juga perlu merekodkan angka jualan sekurang-kurangnya RM100/hari.

Antara kelebihan apabila penjual menggunakan Shopee Supported Logistics ialah seperti subsidi penghantaran percuma, pengiraan kos penghantara automatik, sistem logistik automatik, dan boleh mencetak AWB secara terus daripada sistem. Shopee juga mengingatkan yang ciri Seller’s Own Fleet dan Virtual Goods (VG) akan dimatikan secara automatik sekiranya tiada sebarang pembelian berlaku dalam masa 30 hari berturut-turut.

Sumber: FMT

Tags: Shopee
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%

Indonesia siasat Shopee guna algoritma khas utamakan kurier sendiri berbanding pesaing

30 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN