• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT 6 akan dikuasakan NEXT AI & cip flagship Qualcomm

  • OLEH Najib
  • 6:49 pm
  • 30/05/2024
  • Komen
Realme GT 6 akan dikuasakan NEXT AI & cip flagship Qualcomm
Share on FacebookShare on Twitter

Realme baru-baru ini mengumumkan hasrat mereka untuk melancarkan model baru dalam siri GT iaitu Realme GT 6. Ia didedahkan oleh pengasas dan CEO Realme, Sky Li dalam temuramah bersama Forbes.

Dalam temuramah itu, Sky Li menyatakan mereka yakin untuk memasuki pasaran kelas atas, menerusi model baru Realme GT 6. Ini kerana ia adalah peranti yang mengatasi jangkaan, di samping ia menjadi permintaan ramai pengguna Realme dari seluruh dunia. Sky Li juga menyebut bahawa Realme adalah jenama yang lebih memahami kehendak muda belia.



Pembunuh Flagship kembali

Tanpa segan silu, Realme meletakkan GT 6 sebagai peranti pembunuh flagship yang dikuasakan AI. Ia bukan sebarang AI kerana Realme telah menubuhkan makmal khas Next AI, yang mengumpulkan pakar AI seluruh dunia dan mendapat kerjasama gergasi teknologi seperti Google, Qualcomm, dan Microsoft, bagi membawakan ciri AI berguna, inovatif dan pantas kepada pengguna.

Realme juga kekal komited untuk memperkasakan pengguna muda belia dengan akses penyelesaian AI untuk semua.



Prestasi Flagship & Ciri Next AI

Wawasan AI yang cuba dibawa oleh Realme ini tidaklah mengejutkan, apabila muncul sudah kebocoran maklumat tentang Realme GT 6. Pembocor berita popular, @Onleaks telah berkongsi rupa kotak telefon pintar yang akan dilancar oleh Realme ini.

Menggunakan warna kotak hitam dan tulisan berwarna kuning, kotak ini tertera perkataan NEXT AI di atas GT 6. Jawapan tentang AI ini ada di belakang kotak, menyentuh empat perkara iaitu:

  • AI Night Vision
  • AI Smart Loop
  • AI Smart Removal
  • AI Smart Search
sumber

Boleh dikatakan, apa yang cuba Realme bawakan tidak jauh berbeza dengan tawaran AI syarikat pengeluar lain, seperti Galaxy AI di peranti Samsung Galaxy. AI Night Vision mungkin merujuk kepada keupayaan mencerahkan gambar. AI Smart Loop pula kelihatan seperti keupayaan menterjemah perkataan. AI Smart Removal pastinya berkaitan membuang subjek dari gambar secara pintar. Manakala AI Smart Search, sedikit sebanyak pasti berkaitan Circle To Search oleh Google.

Selain itu, penemuan di beberapa laman web di sekitar internet juga memberi maklumat mendalam tentang spesifikasi Realme GT 6. Antaranya pengiktirafan di FCC menunjukkan, Realme GT 6 akan dilengkapi bateri berkapasiti 5,500mAh dan menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 120W.

Markah Realme GT 6 di Geekbench

Manakala di laman penanda aras Geekbench, Realme GT 6 dengan nombor model RMX3851 disenaraikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3, cip kelas flagship berkuasa tinggi. Ia menjalankan sistem operasi Android 14 serta memiliki RAM seluas 16GB.

Setakat ini, tarikh pelancaran Realme GT 6 masih tidak diketahui tetapi boleh disahkan ia akan dijual di Malaysia. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh CEO Realme Malaysia di laman Facebook. Malah Realme GT 6 telah mendapat kelulusan SIRIM menandakan ia boleh dijual dan digunakan di Malaysia.

Tahun lepas, Realme GT 5 telah dilancar di China tetapi ia tidak dijual di Malaysia. Sebaliknya Realme Malaysia membawakan Realme GT 3 240W pada bulan Disember 2023, dengan harga RM2,799 bersama RAM 16GB dan storan 1TB.

Adakah Realme Malaysia berani melancarkan Realme GT 6 di bawah RM3,000 kelak? Kita tunggu dan lihat.

Bacaan Berkaitan

  • Realme GT 3 1TB dengan pengecas 240W hanya RM2,799, percuma fon putik dan pembersih udara
  • Realme GT3 pukau MWC 2023 dengan pengecas 240W, isi penuh dalam tempoh 9 minit sahaja
  • Pengguna Realme GT2 Pro boleh uji Android 14 sekarang tetapi tempat terhad, daftar segera di sini
Tags: RealmeRealme GT 6
Najib

Najib

POPULAR

Realme GT 6 akan dikuasakan NEXT AI & cip flagship Qualcomm

Realme GT 6 akan dikuasakan NEXT AI & cip flagship Qualcomm

30 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER