• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kingston peraga modul RAM CAMM2 baharu, siap sedia untuk berhijrah daripada SO-DIMM

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:37 pm
  • 05/06/2024
  • Komen
Kingston peraga modul RAM CAMM2 baharu, siap sedia untuk berhijrah daripada SO-DIMM
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston, jenama penghasil produk storan dan memori terkenal dunia, mempamerkan solusi modul memori generasi akan datang di Computex 2024. Ia dipanggil CAMM2 (Compression Attached Memory Module) dan untuk pengetahuan RAM jenis ini akan menggantikan piawaian SO-DIMM yang telahpun digunakan sejak 25 tahun yang lalu.

Kingston FURY Impact DDR5 (CAMM2) membawakan fizikaliti modul memori yang lebih langsing, pantas, dan berkapasiti besar. Modul yang dipamerkan Kingston ini menyokong DDR5-5600 dengan kapasiti bermula 32GB dan 64GB. Dalam masa akan datang, mereka boleh menghasilkan modul 128GB dan 256GB dalam satu pakej.



Di reruai pameran bersempena Computex 2024, mereka turut mempamerkan contoh papan induk daripada jenama MSI yang menyokong CAMM2.

Manfaat CAMM2 berbanding SO-DIMM

Seperti yang dikatakan tadi, piawiaan SO-DIMM sudahpun digunakan sejak 1997 dan ruang untuk penambahbaikkan kini semakin sempit, Jadi, JEDEC selaku badan yang membangunkan piawaian memori menghasilkan CAMM2 sebagai tapak evolusi baharu.



Antara manfaat yang ditawarkan CAMM2 adalah seperti potensi kapasiti sehingga 256GB dalam satu modul. SO-DIMM zaman ini hanya boleh pergi sehingga 32GB sahaja. Kemudian, CAMM2 terus menyokong DDR5-5600 lantas menjanjikan prestasi yang lebih baik. Akhir sekali, disebabkan fizikalitinya yang lebih kompak, komponen kawal selia haba untuk RAM jenis ini lebih mudah dihasilkan terutamanya yang berasaskan cecair.

Tambahan pula, memori jenis DDR5, LPDDR5, dan LPDDR5X boleh menggunakan kaki penyambung yang sama turut memberikan lebih fleksibiliti kepada pembangun sistem untuk memadankan jenis memori apa yang sesuai untuk sistem mereka.

CAMM2 masih belum masuki arus perdana

Walau bagaimanapun, piawaian CAMM2 masih ssangat baharu. Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun lagi barulah kita boleh mula melihat produk-produk ini mula mengalir ke dalam arus perdana. Lihatlah pada modul SO-DIMM DDR5 yang mengambil masa sekitar 5 tahun untuk mula diguna pada produk-produk komputer kebanyakan.

Itu belum dicerta lagi harga premium yang perlu dibayar untuk menjadi golongan early adopter. Jadi, tak perlu tergopoh-gopoh lagi untuk naik taraf sistem. Tapi sekiranya tiba masanya, anda dah tahu yang Kingston ada menyediakan solusi memori anda.

Tags: camm2Kingston
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Kingston peraga modul RAM CAMM2 baharu, siap sedia untuk berhijrah daripada SO-DIMM

Kingston peraga modul RAM CAMM2 baharu, siap sedia untuk berhijrah daripada SO-DIMM

5 June 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER