• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C63 dilancar, telefon termurah dengan pengecas 45W di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:33 pm
  • 05/06/2024
  • Komen
Realme C63 dilancar, telefon termurah dengan pengecas 45W di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Realme Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar Realme C63 dengan tema, ‘Cas Seminit Sembang Sejam. Ini kerana ia ada pengecasan terpantas dalam kelasnya, selain kemasan kulit di belakang.

Harga dan Ketersediaan

Orang ramai boleh membeli telefon Realme C63 mulai 6 Jun 2024. Harganya sangat murah, di bawah RM600 iaitu:



  • Realme C63 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM599

Ia akan terdapat di kedai Jenama Realme, pengedar sah, serta atas talian di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Spesifikasi Realme C63

Telefon ini boleh dikelaskan dalam kategori pertengahan awal, menggunakan cip Unisoc T612 bersama RAM 8GB, agak besar untuk harga ini. RAM ini boleh ditambah secara maya menjadi 16GB. Tetapi storan agak kecil, hanya 128GB. Nasib baik ada slot kad mikroSD untuk menambah ruang storan.



Skrin sudah pasti jenis LCD, seluas 6.74-inci dengan resolusi hanya HD 720p, serta kadar penyegaran 90Hz. Tetapi kecerahan skrin boleh turun sehingga 1 nit, dengan kecerahan tertinggi mencecah 560 nits. Pengimbas capjari ada di sisi, dalam butang kuasa.

Terdapat takuk kecil di atas skrin, dilengkapi ciri Mini Capsule 2.0. Ia boleh memaparkan notifikasi dalam animasi yang lebih menarik. Takuk ini juga memuatkan kamera hadapan 8MP. Di belakang, ada dua kamera iaitu kamera utama 50MP dan kamera AI.

Tarikan utama Realme C63 adalah kuasa pengecas. Ia ada bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Kepantasan pengecas 45W, membolehkan ia mengisi bateri dari 0-50% dalam masa 30 minit sahaja.

Realme juga berbangga dengan kemasan kulit Realme C63, menggunakan tekstur seperti kulit laici. Kemasan ini tidak meninggalkan kesan kotoran kerana ia mudah dicuci.

View this post on Instagram

A post shared by realme Malaysia (@realmemalaysia)

Untuk sistem bunyi, ia hanya ada satu speaker di bawah tetapi bunyinya lantang 200%. Jika perlu, ada jek audio 3.5mm untuk menggunakan fon kepala berwayar. Sistem operasi yang digunakan adalah Realme UI, berasaskan Android 14.

Terdapat dua warna disediakan untuk Realme C63, iaitu biru dan hijau. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme C63.

Bacaan Berkaitan

  • Realme Malaysia nak lancar iPhone pada 5 Jun? Cas Seminit, Sembang Sejam
  • Realme GT 6 akan dikuasakan NEXT AI & cip flagship Qualcomm
  • Realme 12x 5G sangat murah, akan terdapat di telco dengan kontrak pelan pada harga lebih rendah
Tags: RealmeRealme C63
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme C63 dilancar, telefon termurah dengan pengecas 45W di Malaysia

Realme C63 dilancar, telefon termurah dengan pengecas 45W di Malaysia

5 June 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER