• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SSD Kingston XS1000 terpantas ini tampil dengan rona baharu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:37 am
  • 05/06/2024
  • Komen
SSD Kingston XS1000 terpantas ini tampil dengan rona baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Kingston XS1000 adalah salah satu produk flagship dalam kategori SSD mudah alih. Untuk produk bersaiz telapak tangan, ia menawarkan storan sehinggga 2TB, antara yang terluas dalam kategorinya. Ia telah dilancarkan sewaktu Computex 2023. Produk sebagus ini tentu nampak bosan dalam warna hitam, maka dengan sebab itu untuk Computex 2024, Kingston XS1000 tampil dalam warna merah yang terang.

Makanya, gajet dalam beg anda bakal jadi lebih meriah dengan rona-rona baharu ini dan ia masih kekalkan manfaat seperti seblumnya. Seperti yang dikatakan tadi, ia lebih kecil berbanding tapak tangan pada berat cuma 28.7g.



Ia sebenarnya lebih baik berbanding storan awan kerana data ada bersama anda pada setiap masa dan anda boleh mengaksesnya walaupun berada di luar talian. Kingston XS1000 ini mempunyai kelajuan perpindahan hampir 7GB/s dan 1GB/s (tulis & baca) berdasarkan percubaan saya dengan perisian Blackmagicdesign.

Kelajuan perpindahan data Kingston XS1000 menggunakan perisian Blackmagicdesign
Kelajuan perpindahan data Kingston XS1000 menggunakan perisian Blackmagicdesign

Tambahan pula, anda tak terikat dengan yuran langganan storan awan juga. Berikut adalah dua contoh besar solusi storan awan untuk dua platform terkenal.



Apple iCloud+

  • 50GB – RM3.90/bulan
  • 200GB – RM11.90/bulan
  • 2TB – RM44.90/bulan

Google One

  • 100GB – RM8.49/bulan
  • 200GB – RM11.99/bulan
  • 2TB – RM42.99/bulan

Sebagai perbandingan, Kingston XS1000 ditawarkan dalam dua kapasiti iaitu 1TB dan 2TB. Varian itu masing-masing boleh dibeli pada harga RM343 dan RM598.

Beli Kingston XS1000 di Lazada
Beli Kingston XS1000 di Shopee

Sekiranya anda dapatkan varian 2TB, kosnya adalah kurang daripada 14 bulan langganan storan awan. Selepas itu, anda boleh gunakannya tanpa sebarang kos. Jangan lupa yang mengakses data di awan menggunakan kuota Internet mudah alih anda.

And boleh layari laman rasmi Kingston XS1000 untuk maklumat lanjut.

Tags: Kingstonkingston xs1000SSD
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
SSD Kingston XS1000 terpantas ini tampil dengan rona baharu

SSD Kingston XS1000 terpantas ini tampil dengan rona baharu

5 June 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN