• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 13 tiba di Malaysia, dikuasakan Helio G91 Ultra dan kamera 108MP

  • OLEH Najib
  • 12:00 pm
  • 07/06/2024
  • Komen
Redmi 13 tiba di Malaysia, dikuasakan Helio G91 Ultra dan kamera 108MP
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar mampu milik baru, Redmi 13. Ia adalah peranti tanpa keupayaan 5G, menawarkan beberapa ciri yang lebih baik dari peranti lain dalam kelasnya tetapi dengan mengorbankan sedikit ciri lain.

Menambahkan rupa mewahnya adalah penggunaan kaca di belakang badan. Ini ditambah lagi dengan kamera utama 108MP dan pengecasan pantas 33W, memberikan pengalaman lebih baik untuk pengguna.



Harga dan Ketersediaan

Kepada yang berminat, Redmi 13 akan mula dijual di Malaysia pada 14 Jun 2024. Hanya ada satu varian disediakan untuk pasaran Malaysia, dengan harga berikut:

  • Redmi 13 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM699

Apabila mula dijual kelak, ia boleh dibeli dari semua pengedar sah Xiaomi, kedai fizikal Xiaomi Store di seluruh Malaysia, serta atas talian di laman web Mi Malaysia, dan juga stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.



Eksklusif untuk pembeli terawal, Xiaomi menyediakan hadiah percuma berupa fon putik Redmi Buds 4 Active bernilai RM119. Ia tersedia sementara stok masih ada.

Spesifikasi Redmi 14

Kuasa Redmi 14 digerakkan oleh cip Mediatek Helio G91 Ultra 12nm, tanpa sokongan 5G. Walaupun cip ini baru dilancarkan tahun ini, sebenarnya ia hanya sedikit naik taraf daripada cip Helio G88 12nm yang diperkenal pada tahun 2020. RAM pula diberi sebanyak 8GB, dengan keupayaan RAM maya sebanyak 8GB lagi. Storan dalaman seluas 256GB dan boleh ditambah melalui slot kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrin pada Redmi 13 hanyalah LCD, berukuran 6.79-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Ia ada kecerahan setinggi 550 nits. Pengimbas capjari pula terletak di dalam butang kuasa, di sisi telefon.

Lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 13MP F2.45. Pencahayaan cerah untuk swafoto boleh diaktifkan melalui kecerahan maksimum skrin. Perkara yang membanggakan Xiaomi pada Redmi 13, adalah kamera utama 108MP F1.75 di belakang, Kamera ini ada keupayaan zum sensor sehingga 3x. Di sampingnya, terdapat kamera makro 2MP.

Kapasiti bateri kelihatan lebih besar daripada biasa, tetapi hanyalah 5,030mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 33W melalui sambungan USB-C. Xiaomi menyatakan, ia boleh mengecas dari 0 ke 100% dalam masa 62 minit sahaja.

Sistem operasi terbaru, Xiaomi HyperOS berasaskan Android 14 dipasang di dalam Redmi 13. Ia turut diiktiraf kalis percikan air IP53. Redmi 13 hadir dalam empat pilihan warna iaitu hitam, biru, kuning dan merah jambu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi 13.

Dengan harga RM699, tawaran Redmi 13 boleh dibandingkan dengan Redmi Note 13 berharga RM749, atau lebih murah dari RM700 sewaktu promosi yang sering berjalan. Redmi Note 13 dikuasakan cip Snapdragon 685, skrin AMOLED 120Hz, ada kamera ultralebar tetapi storan hanya 128GB.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Redmi Note 13 ditawar lebih murah pada harga serendah RM649
  • Redmi 13C 5G tiba, telefon 5G termurah Xiaomi dijual di Malaysia
  • Redmi 13C hanya RM499, skrin lebih pantas dan besar dari iPhone 15 Plus
Tags: RedmiRedmi 13xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 13 tiba di Malaysia, dikuasakan Helio G91 Ultra dan kamera 108MP

Redmi 13 tiba di Malaysia, dikuasakan Helio G91 Ultra dan kamera 108MP

7 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER