• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MateBook 14 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 7 bersama skrin sentuh OLED 120Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:51 pm
  • 18/06/2024
  • Komen
Huawei MateBook 14 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 7 bersama skrin sentuh OLED 120Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah mengumumkan laptop terbaru iaitu MateBook 14. Ia merupakan laptop minimalis yang diperkasa cip Intel Core Ultra terbaharu, serta hadir bersama paparan sentuh OLED dengan kadar penyegaran pantas.

Harga dan ketersediaan MateBook 14 di Malaysia

Laptop terbaru Huawei MateBook 14 ini ditawarkan di Malaysia dalam dua varian cip sama ada menggunakan Intel Core Ultra 7 155H, atau Core Ultra 5 125H dengan konfigurasi RAM dan storan yang sama. Harga rasmi jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Huawei MateBook 14 (Intel Core Ultra 7 155H, RAM 16GB, SSD 1TB) – RM5,499
  • Huawei MateBook 14 (Intel Core Ultra 5 125H, RAM 16GB, SSD 1TB) – RM4,999

Walaupun telah dilancar, laptop MateBook 14 ini akan boleh didapati pengguna Malaysia bermula 29 Jun nanti. Bagaimanapun, Huawei memaklumkan mereka membuka tempahan awal untuk MateBook 14 bermula 18 hingga 28 Jun, dan menyediakan hadiah menarik sebagai promosi pembelian awal.

Pembeli dalam tempoh ini akan dapat hadiah serupa seperti mereka yang menempah dengan meletakkan deposit sebelum ini, dengan diberikan hadiah bernilai RM1,614 berupa printer 3 dalam 1, tetikus, beg galas, pendiri laptop, 1 tahun lanjutan waranti dan Microsoft Office Home & Student 2021.



Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan Huawei MateBook 14 di stor online Huawei mahupun gedung rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei MateBook 14

Huawei MateBook 14 adalah sebuah laptop 14.2-inci dengan badan nipis serta ringan. Ia memiliki tebal hanya 14.5mm dan berat 1.31kg. Ia didatangkan dengan skrin sentuh OLED dengan resolusi 2.8k dalam nisbah 3:2. Skrinnya turut sokong kadar penyegaran pantas 120Hz, kecerahan puncak 450 nits dan cakupan penuh warna gamut DCI-P3 di samping ada bezel nipis.

Laptop ini diperkasa dengan cip pemproses sama ada Intel Core Ultra 7 155H atau Core Ultra 5 125H, bersama-sama dengan GPU Intel Arc terbina. Ia tersedia dalam konfigurasi RAM 16GB dan storan PCIe SSD seluas 1TB. Komponen laptop ini disejukkan oleh sistem dwikipas Shark Fin terbaru yang menampilkan 102 bilah kipas ultra nipis untuk memberikan peraliran udara yang efisien.

Bateri yang dimuatkan adalah berkapasiti 70Whr yang didakwa Huawei dapat menawarkan masa penggunaan sehingga 19 jam. Walaupun nipis, ia menawarkan pilihan port mencukupi seperti satu USB-C, dua USB-A 3.1, satu HDMI dan jek audio 3.5mm, di samping ada pengimbas cap jari untuk membuka laptop dan kamera webcam 1080p di atas skrin. Ciri ketersambungan yang disokong adalah WiFi 6 dan Bluetooth 5.1

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei MateBook 14.

Bacaan berkaitan

  • Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilancarkan pada harga RM2,499
  • Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MateBook 14 boleh mula ditempah sehingga 17 Jun
  • Huawei lancar paparan kertas di tablet lebih murah dengan Matepad 11.5 Papermatte Edition
Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MateBook 14matebook 14
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei MateBook 14 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 7 bersama skrin sentuh OLED 120Hz

Huawei MateBook 14 Malaysia: Diperkasa Intel Core Ultra 7 bersama skrin sentuh OLED 120Hz

18 June 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER