• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilancarkan pada harga RM2,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:03 pm
  • 18/06/2024
  • Komen
Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilancarkan pada harga RM2,499
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dinjanjikan, Huawei pada hari ini telah rasmi melancarkan tablet MatePad 11.5″S PaperMatte Edition di Malaysia. Ia adalah penawaran terbaru tablet Huawei dengan paparan ibarat kertas dan merupakan kemas kini daripada MatePad 11.5″ Papermatte Edition sebelum ini, tetapi hadir dengan paparan berkadar penyegaran lebih pantas serta sokongan aplikasi GoPaint terbaru.

Harga dan ketersediaan MatePad 11.5″S PaperMatte Edition di Malaysia

Terdapat satu varian yang ditawarkan untuk MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dengan konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB. Harga rasmi jualannya di Malaysia adalah RM2,499 dan anda boleh dapatkannya di stor online Huawei atau gedung rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.



Meskipun begitu, ia akan tersedia untuk semua pengguna bermula 29 Jun nanti dan kini tempahan awalnya masih dibuka untuk mereka yang berminat. Yang bagusnya, untuk pembelian dari sekarang hingga 28 Jun, Huawei masih meneruskan promosi tempahan awal mereka dengan menyertakan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM2,046 untuk pembeli awal.

Pembeli awal akan diberikan hadiah seperti sarung papan kekunci magnetik, tetikus, pen stylus M-Pencil, fon putik FreeBuds 5i dan baucar tukar beli RM200.



Spesifikasi MatePad 11.5″S PaperMatte Edition

Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition didatangkan dengan paparan LCD beresolusi 2.8K menggunakan nisbah 3:2, serta memiliki kadar penyegaran pantas 144Hz. Ia juga ada bezel nipis menawarkan nisbah skrin ke badan 87%, serta paparannya menerima pengesahan SGS dan TUV Rheinland untuk berikan perlindungan pada mata pengguna.

Atas papan utama, ia dikuasakan cip Kirin 9000WL yang bergandingan dengan RAM 8GB berserta storan 256GB, dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2. Menghidupkan tablet ini adalah bateri berkapasiti 8,800mAh dan ia menyokong pengecasan 22.5W. Sistem kameranya terdiri daripada dua kamera iaitu kamera belakang 13MP dan kamera selfie 8MP.

Dalam masa sama, tablet ini juga serasi digunakan bersama pen stylus Huawei M- Pencil generasi ke-3 dengan sokongan teknologi Nearlink untuk berikan lakaran tanpa kelengahan, serta ia hadir dengan aplikasi GoPaint terbaru. Aplikasi ini dilengkapkan dengan pelbagai ciri dan keperluan melukis, untuk membenarkan anda berkarya tanpa batas. Pengalaman mengguna tablet ini turut boleh ditambah baik dengan papan kekunci wayarles.

Selain itu, sistem bunyi pada tablet ini menampilkan empat speaker yang menyokong algoritma Histen 9.0 terkini yang berikan pengalaman audio sekeliling yang mengasyikkan. Tablet ini, bagaimanapun, tidak menyokong sambungan LTE atau 5G, sebaliknya hanya WiFi serta Bluetooth 5.2. Ia juga datang dalam dua pilihan warna iaitu ungu dan kelabu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition.

Bacaan berkaitan

  • Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MateBook 14 boleh mula ditempah sehingga 17 Jun
  • Huawei lancar paparan kertas di tablet lebih murah dengan Matepad 11.5 Papermatte Edition
  • Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599
Tags: HuaweiHuawei MalaysiaMatePad 11.5"S PaperMatte Edition
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilancarkan pada harga RM2,499

Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilancarkan pada harga RM2,499

18 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER