• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 Terbaik: Telefon bawah RM3,000 di Malaysia, berkuasa tinggi dan sokong pengecasan pantas

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:24 am
  • 27/06/2024
  • Komen
5 Terbaik: Telefon bawah RM3,000 di Malaysia, berkuasa tinggi dan sokong pengecasan pantas
Share on FacebookShare on Twitter

Persaingan telefon berkelas flagship sememangnya sengit dengan kehadiran jenama seperti Samsung, Honor, Xiaomi malah Apple sekalipun. Dengan bajet RM3,000, anda boleh dapat sebuah telefon flagship yang lengkap. Ada prestasi tinggi, kamera bagus dan boleh pakai lama sebab ada sokongan dan kemas kini OS panjang.

Jadi, untuk anda yang bertanya, di sini kami nak senaraikan 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia sekarang.



1. Realme GT 6 (16GB+512GB) – RM2,899

Realme GT 6 ini masih segar di pasaran kerana baru sahaja diperkenal pada 21 Jun. Prestasi tingginya disediakan oleh cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan storan besar 512GB dan RAM 16GB untuk harga bawah RM3,000. Skrinnya gunakan jenis AMOLED 120Hz, tapi paling hebat adalah skrinnya boleh capai kecerahan puncak 6,000 nits, paling tinggi di mana-mana telefon.

Selain menjalankan RealmeUI 5.0 berasaskan Android 14, ia juga hadir dengan ciri NEXT AI bolehkan anda padam subjek dalam gambar, kesan lokasi melalui teks dan tingkatkan tangkapan gambar malam. Kelebihannya lagi ia ada kamera telefoto berupaya zum optikal sehingga 4x, bateri besar 5,500mAh dan pengecasan sangat pantas 120W.



Anda boleh dapatkan Realme GT 6 di Lazada dan Shopee.

2. Samsung Galaxy S23 FE (8GB+256GB) – RM2,999

Salah satu penawaran telefon bawah RM3,000 daripada Samsung adalah Galaxy S23 FE. Ia dilengkapi dengan keseluruhan spesifikasi yang baik macam skrin Dynamic AMOLED 120Hz, sistem kamera telefoto dengan zum optikal 3x, pengecasan wayarles 15W yang juga menyokong pengecasan terbalik, serta ada kalis air IP68.

Cumanya, ia agak mahal berbanding telefon lain sebab harga RM2,999 hanya akan dapat storan 256GB. Malah, RAM yang tersedia juga 8GB sahaja. Prestasi tinggi guna cip Exynos 2200, tapi tidak berapa bagus untuk tugas berat atau gaming. Yang bagusnya, ia menjalankan One UI 6.1 terkini dan ada sokongan sistem operasi panjang sebanyak 4 kali dan keselamatan 5 tahun.

Anda boleh dapatkan Galaxy S23 FE di Lazada dan Shopee.

3. Xiaomi 13T Pro (12GB+512GB) – RM2,499

Xiaomi 13T Pro yang dilancarkan September tahun lepas masih lagi sebuah telefon sangat berbaloi kerana memiliki keseluruhan spesifikasi baik pada harga murah. Ia ada kuasa tinggi daripada cip Dimensity 9200+, serta gunakan kombinasi RAM pantas LPDDRX5X 12GB dan storan laju UFS 4.0 seluas 512GB.

Tambahan pula, ia juga ada sistem kamera Leica, skrin AMOLED 144Hz berkecerahan puncak 2,800 nits, rekaan yang elegan, pengecasan pantas 120W HyperCharge dan kalis air IP68. Pada segi sokongan perisian pula, sama seperti Galaxy S23 FE, Xiaomi 13T Pro dijamin kemas kini OS 4 kali dan keselamatan 5 tahun.

Anda boleh dapatkan Xiaomi 13T Pro di Lazada dan Shopee.

4. Honor 200 Pro (12GB+512GB) – RM2,699

Honor 200 Pro ini juga adalah model yang baru sahaja diperkenalkan. Spesifikasi yang ditawarkan dapat memenuhi pelbagai aspek yang pengguna perlukan. Ia dilengkapkan dengan bateri besar 5,200mAh, kamera telefoto berkemampuan zum optikal 2.5x, kamera selfie besar 50MP dan paparan OLED melengkung dengan kecerahan puncak tertinggi 4,000 nits.

Selain itu, sistem pengecasannya pun pantas, iaitu pada kelajuan 100W dan wayarles 66W. Honor dakwa boleh cas ke 64% dalam masa 30 minit sahaja melalui pengecasan wayarles. Prestasi yang ada pun tinggi dengan dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3, serta ada kalis percikan air IP65. Tapi kekurangannya mungkin tak ramai yang gemarkan bentuk kamera hadapan berbentuk pil.

Anda boleh dapatkan Honor 200 Pro di Lazada dan Shopee.

5. iPhone 14 (128GB) – RM3,029

iPhone 14 ini harga pelancarannya lebih RM4,000 tapi sekarang dah jauh lagi murah dan boleh dapat sekitar RM3,000 sahaja. Walaupun sebuah telefon flagship dua tahun lepas, iPhone 14 masih bagus sebab guna cip Apple A15 Bionic berprestasi tinggi, ada kalis air IP68, pengecasan wayarles 15W dan sokong iOS terkini. Malah, mungkin masih lancar dalam 5 tahun lagi akan datang.

Cumanya, storan agak kecil 128GB untuk harga sekitar RM3,000. Kekurangannya lagi ia tak ada kamera telefoto, pengecasan perlahan 20W serta tiada kepala pengecas dalam kotak.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Bacaan berkaitan

  • 5 Terbaik: Telefon bawah RM2,000 ada spesifikasi flagship dan kamera zum jauh
  • 5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 berprestasi tinggi dan lengkap fungsi menarik (2024)
  • 5 Terbaik: Telefon bawah RM1,200 paling berbaloi, ada kalis air dan pengecasan wayarles (2024)
Tags: 5 terbaikappleGalaxy S23 FEhonorHonor 200 Proiphone 14RealmeRealme GT 6Samsung Galaxy S23 FEtelefon pintarxiaomiXiaomi 13T Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM3,000 di Malaysia, berkuasa tinggi dan sokong pengecasan pantas

5 Terbaik: Telefon bawah RM3,000 di Malaysia, berkuasa tinggi dan sokong pengecasan pantas

27 June 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER