• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Data JPJ: Pendaftaran EV lebih banyak daripada hibrid dalam Mei 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:27 am
  • 01/07/2024
  • Komen
Data JPJ: Pendaftaran EV lebih banyak daripada hibrid dalam Mei 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Pengkalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengandungi bilangan pendafataran baharu kenderaan etlah dikemas kini sehingga Mei 2024.

Berdasarkan statistik, didapati yang pendaftaran kategori EV telah melangkaui kategori hibrid dengan bulan Mei mencatatkan pendaftaran EV paling tinggi tahun ini iaitu 2,453 unit ataupun 3.32% pendaftaran keseluruhan untuk tahun 2024.



15 EV paling popular dalam Mei 2024

Statistik Mei 2024 menunjukkan BYD adalah EV paling popular dalam bulan tersebut. BYD Seal, BYD Atto 3 masing-masing menduduki tempat 1 dan 2 dengan angka 581 dan 333 pendaftaran.

BYD Dolphin pula di tempat ke-5 dengan 131 pendaftaran. Tempat ke-3 dan ke-4 pula diisi oleh dua model Tesla iaitu Model Y dan Model 3 dengan masing-masing 320 dan 316 pendaftaran.



Perkara ini menunjukkan pendaftaran BYD dan Tesla mewakili lebih separuh daripada jumlah pendaftaran EV dalam bulan Mei 2024.

Lain-lain maklumat yang boleh diekstrak daripada pengkalan data adalah jenama EV China memiliki cengkaman kuat dalam pasaran Malaysia.

Misalnya, MG4 mencatatkan 106 pendaftaran diikuti Chery Omoda E5 dengan 80 unit dan akhir sekali GWM Ora (mungkin himpunan Good Cat dan 07) mencatatkan 68 pendaftaran. Kemudian, EV paling mahal dalam senarai ini juga tak kurang hebatnya, Lotus Eletre menyertai senarai dengan 57 pendaftaran.

SUV elektrik paling popular setakat Mei 2024

Beralih kepada kategori EV paling popular setakat Mei 2024, SUV elektrik didapati mendominasti carta 15 terhangat dikepalai oleh Tesla Model Y dan BYD Atto 3 dengan hampir 3,000 pendaftaran semuanya daripada dua model itu sahaja. SUV elektrik lain yang popular adalah seperti Chery Omoda E5, Smart #1, BMW iX, dan Volvo C40.

MG4 dilihat mencatatkan pendaftaran mendadak dalam bulan Mei 2024 sehinggakan ia kini menyamai bilangan pendaftaran BMW i5 selama 5 bulan.

Pendaftaran EV melangkaui hibrid dalam Mei 2024

Dalam kategori bahan api, pendaftaran EV dalam bulan Mei 2024 didapati telah memotong bilangan pendaftaran kenderaan hibrid petrol.

Sebanyak 2,453 unit (3.32% pendaftaran keseluruhan) EV didaftarkan dalam bulan tersebut manakala sebanyak 1,870 unit (2.53% pendaftaran keseluruhan) kenderaan petrol hibdird diaftarkan dalam bulan yang sama.

Namun, ia masih belum mampu bersaing dengan kategori petrol sepenuhnya dengan 64,986 unit (87.94% pendaftaran keseluruhan).

Berkemungkinan besar, trend kerajaan sekarang yang sedang melakukan penyasaran semula pemberian subsidi bahan api menyebabkan pengguna mula mempertimbangkan EV sebagai kenderaan utama.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, baru-baru ini mententuh tentang “kejutan petrol” juga menambah lagi dalam api spekulasi.

Bukan itu sahaja, langkah kerajaan baru-baru ini mengumumkan struktur cukai jalan yang akan dikenakan kepada EV pastinya memberikan lebih gambaran jelas terhadap kos pemilikan EV.

BYD : Jenama 10 paling popular Malaysia kategori jenama elektrik sepenuhnya

Daripada pengkalan data JPJ juga, BYD untuk pertama kalinya memecah masuk senarai 10 jenama paling popular di Malaysia untuk pengeluar EV sepenuhnya.

Walaupun menduduki tempat ke-10 dengan pendaftaran 3,608 unit pendaftaran, ia tetap satu pencapaian yang mengagumkan walaupun mereka cuma tawarkan 3 model sahaja.

Sumber: SoyaCincau.com

Tags: BMWBYDEVJPJLotusTesla
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Data JPJ: Pendaftaran EV lebih banyak daripada hibrid dalam Mei 2024

Data JPJ: Pendaftaran EV lebih banyak daripada hibrid dalam Mei 2024

1 July 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN