• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TIPS: Untuk keselamatan anda, jangan jawab soalan sebegini di media sosial

  • OLEH Najib
  • 3:21 pm
  • 02/07/2024
  • Komen
Banyak app iPhone tidak boleh dilancarkan angkara Facebook
Share on FacebookShare on Twitter

Media sosial menjadikan manusia berkongsi banyak perkara dengan mudah. Tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian dan jangan dikongsikan kepada khalayak ramai, kerana ia boleh membuatkan akaun anda digodam. BUkan sahaja akaun media sosial, mungkin juga akan melibatkan emel dan juga perkhidmatan kewangan. Pendek kata, duit dalam bank boleh hilang.

Memastikan kata laluan dilindungi dengan sebaiknya sangat penting buat masa kini. Ini kerana pelbagai perkhidmatan atas talian boleh digunakan dengan mudah, hanya daftar masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan.



Kalau terlupa kata laluan, nak buat apa? Jawab soalan keselamatan 😈

Bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan, kita semua perlu mengaktifkan pengesahan daftar masuk berbilang tahap. Antaranya dengan mendapatkan TAC melalui SMS, pengesahan gambar atau perkataan keselamatan, atau dengan aplikasi pengesahan.

Tetapi jika anda terlupa kata laluan, biasanya ia boleh ditetapkan semula menggunakan beberapa cara. Termasuk melalui nombor telefon yang didaftarkan, atau alamat emel yang didaftarkan. Tetapi bagaimana jika terlupa atau tiada akses kepada nombor telefon dan alamat emel yang didaftarkan?



Jawapannya, soalan peribadi

@soyacincautiktok

Bahaya Jawab Soalan di Media Sosial‼️ #mediasosial #stories #bahaya #jawabsoalan #security #tips #soyacincautiktok #longervideos #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Jangan jawab soalan ini

Anda pasti pernah diminta untuk memberi jawapan kepada beberapa persoalan berkaitan peribadi anda, sebagai salah satu langkah pengesahan daftar masuk. Disebabkan perkara ini, anda dinasihatkan untuk tidak berkongsi maklumat peribadi sewenang-wenangnya di media sosial.

Antara soalan peribadi yang sering digunakan untuk pengesahan adalah:

  • Nama haiwan peliharaan pertama
  • Model kereta pertama
  • Buku kegemaran
  • Nama Ibu
  • Warna kegemaran
  • Sekolah rendah pertama
  • Daerah kelahiran
  • Kampung asal bapa
  • dan sebagainya

Agak menakutkan sebenarnya, terutama bila wujudnya trend menjawab soalan peribadi seperti di Instagram Story. Tetapi apakah had yang sebaiknya untuk berkongsi di media sosial?

Susah untuk memberi jawapan tentang had perkongsian di media sosial, tetapi anda boleh mulakan dengan menjawab tidak terlalu tepat. Kalau ditanya warna, katakan yang gelap atau cerah. Tempat kelahiran, sebut negeri sahaja. Kereta pertama, mungkin cukup dengan jenama.

Contoh bertanya soalan dan memberi jawapan di media sosial

Kalau mahu tahu lebih lanjut, kan lebih baik bertemu. Selain tahu siapa yang kita berjumpa, tahu juga maklumat peribadi tadi hanya dikongsikan dengan beberapa orang sahaja. Bukannya diketahui seluruh dunia melalui media sosial.

Jangan kena scam. Semoga ini memberi manfaat kepada anda, mereka dan keluarga mereka.

[Sumber: CIMB]

Tags: cimbkeselamatanSCAMscammersoalan keselamatan
Najib

Najib

POPULAR

Banyak app iPhone tidak boleh dilancarkan angkara Facebook

TIPS: Untuk keselamatan anda, jangan jawab soalan sebegini di media sosial

2 July 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN