• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis dilaporkan bercadang untuk beli U Mobile

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:38 pm
  • 17/07/2024
  • Komen
Maxis dilaporkan bercadang untuk beli U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat telco gergasi Malaysia, Maxis dikatakan sedang dalam perancangan untuk membeli U Mobile bagi membantu mengembangkan bahagian pasarannya di Malaysia. Menurut laporan terbaru daripada Bloomberg, bagaimanapun dilihat perancangan itu menghadapi beberapa halangan dan berkemungkinan besar tidak akan berlaku.

Ini adalah kerana, pemerolehan tersebut bakal menelan kos yang tinggi, dengan U Mobile melihat pada penilaian lebih daripada RM10 bilion, dakwa Bloomberg. Ianya masuk akal kerana U Mobile bukanlah satu telco yang kecil di Malaysia kerana kini terdapat lebih daripada 9 juta pelanggan dan liputan 4G yang meluas, setinggi 95% pada suku pertama tahun 2024.



Bagaimanapun, nampaknya perjanjian ini tidak akan berlaku sama sekali. Salah seorang pemegang saham utama U Mobile dan ahli perniagaan terkemuka, Vincent Tan ada memberitahu Bloomberg bahawa U Mobile telah pun menolak tawaran tersebut daripada Maxis, sebaliknya merancang untuk mengemukakan permohonan tawaran awam permulaan (IPO) pada hujung Julai ini.

Dalam masa sama, wakil daripada U Mobile ada mengatakan mereka tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang spekulasi ini. Mereka juga menambah bahawa sedang sibuk dalam persiapan untuk menyertai tender bagi pembinaan rangkaian 5G kedua Malaysia.



Beberapa hari lepas, U Mobile juga telah menandatangani perjanjian strategik bersama segelintir pihak Pembekal Kemudahan Rangkaian (NFP) seperti Bullish Aim, EdgePoint Towers, Naza Communications, OCK Group dan Edotco untuk mengukuhkan persediaan U Mobile terhadap pelancaran rangkaian 5G kedua di Malaysia.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Pas Perantauan Haji Maxis: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM99 di Arab Saudi
  • Pelan Maxis Home 5G dikemaskini, ada pilihan kuota tanpa had dan kelajuan tanpa sekatan
  • Prabayar tanpa had U Mobile kini 2x lebih laju, FUP lebih banyak, kelajuan 5G Ultra-pantas hujung minggu
Tags: maxistelcoumobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Maxis dilaporkan bercadang untuk beli U Mobile

Maxis dilaporkan bercadang untuk beli U Mobile

17 July 2024
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN