• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej Rahmah Prabayar Siswa ditawar bermula 16 Ogos 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:44 am
  • 17/07/2024
  • Komen
Pakej Rahmah Prabayar Siswa ditawar bermula 16 Ogos 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, telah mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa. Ia mempunyai objektif untuk menyediakan capaian Internet pada harga mampu milik dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPTA) dan juga institut latihan kemahiran awam (ILKA). Ia mirip Pakej Perpaduan yang diperkenalkan tak lama dahulu dangan beberapa kelainan.

Sumber

Pakej Rahmah Prabayar Siswa dikatakan akan mula ditawarkan bermula 16 Ogos 2024 ini melalui CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile (TM), dan Yes 5G.



Berdasarkan maklumat yang diutuskan di media sosial, berikut adalah spesifikasi Pakej Rahmah Prabayar Siswa:

  • Harga maksimum RM30
  • Data minimum 30GB
  • Tempoh sah laku 180 hari

Kalau anda perasan, ini adalah spesifikasi Pakej Rahmah Prabayar yang sudah lama diperkenalkan. Memang data yang dibekalkan banyak, namun kelajuan dihadkan kepada 3Mbps. Bezanya adalah cakupan golongan yang layak untuk memohonnya adalah berbeza. Contohnya, penawaran Pakej Rahmah U Mobile tawarkan spesifikasi sama tapi untuk golongan:



  • Belia (30 tahun ke bawah)
  • Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • Pesara polis, tentera, agensi penguatkuasa maritim
  • OKU

CelcomDigi juga tawarkan Pakej Rahmah CelcomDigi antara 28 Februari 2023 hingga 31 Disember 2023. Begitu juga dengan Pakej Rahmah Hotlink dengan spesifikasi serupa dengan tempoh penawaran yang sama.

Tags: pakej rahmahpakej rahmah prabayar siswaprabayartelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pakej Rahmah Prabayar Siswa ditawar bermula 16 Ogos 2024

Pakej Rahmah Prabayar Siswa ditawar bermula 16 Ogos 2024

17 July 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN