• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Ally X Malaysia: Hadiah bernilai RM658 menunggu penempah awal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:10 pm
  • 17/07/2024
  • Komen
ROG Ally X Malaysia: Hadiah bernilai RM658 menunggu penempah awal
Share on FacebookShare on Twitter

ROG Ally X sah diumumkan untuk pasaran Malaysia. Tempahan awal untuk milikinya sudahpun dibuka Asus pada harga yang RM4,299, seperti yang diketahui lebih awal. Seperti biasa, penempah awal akan terima beberapa pemberian percuma untuk meraikan konsol permaintan tangan terbaharu ini. Berikut adalah maklumat lanjut tentang penjualan ROG Ally X di Malaysia.

Maklumat penjualan ROG Ally X di Malaysia

Dengan tanda harga RM4,299, Asus turut menyediakan pemberian percuma bernilai RM658 untuk anda yang menempah seunit ROG Ally X sehingga 31 Julai 2024. Hadiah yang menanti anda adalah seperti:



  • ROG Ally Premium Hard Case
  • ROG Gaming Charger Dock
  • Screen Protector

Dimaklumkan ia akan mula dijual seawal Ogos 2024. Buat yang berminat untuk lakukan tempahan awal, ia boleh dilakukan di Asus Official eStore, kedai Asus bertauliah dan juga kedai pemainan digital bertauliah. Anda boleh beroleh maklumat lanjut tentang tempahan awal melalui pautan ini.

Spesifikasi ROG Ally X

ROG Ally X boleh dianggap versi varian kepada Ally yang asal kerana kedua-duanya masih lagi dijual seperti biasa iaitu pada harga RM3,399. Untuk ROG Ally X, mereka ingin memenuhi tiga objektif iaitu Play Better, Play Longer, dan Play Faster.



Di bahagian Play Better, Asus telah menukarkan modul joystick dengan yang baharu. Katanya komponen kali ini lebih tahan lasak dengan ujian melebihi 5 juta kali dan springnya lebih keras untuk gerak balas yang lebih baik sewaktu bermain. Bahagian D-Pad juga telah ditambah baik untuk berikan input 8 arah yang lebih jitu terutamanaya sewaktu bermain permanan bergenre perlawanan arked.

Untuk Play Longer, kapasiti bateri ROG Ally X ini adalah dua kali ganda lebih besar berbanding yang asal. Ia berikan waktu guna yan gjauh lebih panjang berbanding sebelumnya. Namun begitu, disebabkan bateri yang lebih besar, jisimnya juga bertambah sebanyak 70g kepada 678g dan lebih tebal sebanyak 4.5mm.

Komponen kawal selia haba juga telah ditambah baik untuk memenuhi keperluan penyejukan. Sistem kipas kini boleh menggerakkan 24% lebih banyak isipadu angin untuk jadikannya 6 darjah Celsius lebih sejuk berbanding biasa.

Bagi menambah keversatilan ROG Ally X, port XG Mobile telah digandinkan dengan satu USB-C Thunderbolt 4 yang lebih universal. Bukan sahaja pengguna boleh menambat kad GPU luaran berpenyambung USB, mereka juga bebas untuk sambungkan aksesori-aksesori tambahan yang lain sekiranya perlu.

Akhir sekali ialah Play Faster. Asus telah menaik taraf modul RAM ROG Ally X kepada jenis LPDDR4X-7500 dan kapasiti telah naik kepada 24GB daripada 16GB. Ia jadikan prestasi permainan yang lebih malar dan lancar.

Lain-lain spesifikasi adalah kekal diwarisi daripada ROG Ally yang asal seperti SoC Ryzen Z1 Extreme dan skrin 7” 120Hz LCD berkecerahan 500 nits.

Bacaan berkaitan

Asus kemas kini ROG Ally untuk jadi 2 kali ganda lebih menarik

ROG Ally X berharga RM4,299 di Malaysia?

ROG Ally X Malaysia: Hadiah bernilai RM658 menunggu penempah awal

Tags: ally xasusROG Ally X
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
ROG Ally X Malaysia: Hadiah bernilai RM658 menunggu penempah awal

ROG Ally X Malaysia: Hadiah bernilai RM658 menunggu penempah awal

17 July 2024
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER