• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerana “kabel kerajaan”, Internet Bangladesh terpaksa dimatikan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:08 pm
  • 19/07/2024
  • Komen
Kerana “kabel kerajaan”, Internet Bangladesh terpaksa dimatikan
Share on FacebookShare on Twitter

Bangladesh kini berdepan dengan krisis sehinggakan capaian Internet-nya terpaksa dimatikan. Ia menjejeaskan komunikasi mudah alih terutamanya penyebaran maklumat merentasi media sosial. Untuk pengetahuan anda, arahan merencatkan servis Internet dalam negara itu dikeluarkan kerajaanya sendiri bagi membendung protes dalam kalangan pelajar yang sedang berlaku.

Apa yang pelajar Bangladesh protes sehingga Internet dimatikan?

Protes dalam kalangan pelajar yang berlaku di Bangladesh setakat ini sudah mengorbankan 32 nyawa sementara puluhan ribu pelajar sedang membanjiri jalan-jalan utama.



Seventeen people have been killed in Bangladesh in violent clashes between the police and students protesting a quota system used to fill coveted civil service jobs. Here’s what to know about why the quota system has become such a point of contention. https://t.co/pmDBTWBwj0

— New York Times World (@nytimesworld) July 18, 2024

Ia berikutan ketakpuasan hati rakyat terhadap amalan kuota kerajaan yang memperuntukkan sepertiga daripada kekosongan jawatan dalam kerajaan diberikan kepada saudara mara askar yang berjuang sewaktu pembebasan Bangladesh daripada Pakistan tahun 1971.

Menteri Telekomunikasi Bangladesh, Zunaid Ahmed Palak mengatakan bahawa sebab capaian Internet terpaksa direncatkan adalah bagi mengelakkan media sosial dijadukan medium untuk mensebarluaskan berita palsu lantas menyebabkan protes bertambah parah.



Dilaporkan setakat ini yang Facebook sudahpun disekat daripada diakses pengguna di Bangladesh namun buat masa ini berita-berita berkenaan protes masih lagi boleh didapati melalui platform X (Twitter).

Kerajaan rencatkan capaian Internet bukan sesuatu yang baharu

Kerajaan menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk menutup servis komunikasi bukanlah satu perkara yang baharu. Dalam bulan Mac 2019 disebabkan kerajaan Hong Kong meluluskan undang-undang penyerahan balik suspek jenayah kepada pihak China mencetuskan protes di sana. Jutaan orang membanjiri jalan raya sehinggakan kerajaan memperlahankan capaian Internet bagi menyukarkan komunikasi berjalan antara peserta protes.

Kemudian, Julai 2021 pula menyaksikan blackout Internet di Cuba selama 176 jam sebagai respons kerajaan terhadap protes disebabkan kekurangan makanan dan bekalan ubat sewaktu pandemik COVID-19. Dilaporkan yang negara itu mengalami kerugian US33 juta (~RM154 juta) kerana peristiwa tersebut.

Satu lagi insiden sekatan Internet berlaku di Sudan dalam bulan Oktober 2021 sewaktu peristiwa kudeta yang diterajui General Abdel Fattah al-Burhan. Dia menggulingkan kerajaan terajuan Abdalla Hamdok. Servis Internet di Sudan juga dilapor tergendala sepanjang insiden tersebut.

Sumber: NewYork Times

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kerana “kabel kerajaan”, Internet Bangladesh terpaksa dimatikan

Kerana “kabel kerajaan”, Internet Bangladesh terpaksa dimatikan

19 July 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN