• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CrowdStrike: Apa yang berlaku dan bagaimana untuk elaknya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:48 am
  • 22/07/2024
  • Komen
CrowdStrike: Apa yang berlaku dan bagaimana untuk elaknya
Share on FacebookShare on Twitter

Yang bekerja dalam sektor korporat tentu sekali terkesan dengan isu CrowdStrike yang melanda dunia pada 19 Julai 2024 termasuklah yang berada di Malaysia. Jadi apakah sebenarnya yang berlaku? Sekiranya anda berminat untuk mengetahui insiden kegendalaan IT yang mungkin antara yang terbesar dalam sejarah selepas insiden WannaCry, teruskan membaca.

CrowdStrike: Apa yang berlaku pada 19 Julai 2024?

CrowdStrike adalah sebuah syarikat keselamatan siber yang menyediakan solusi perlindungan Endpoint Detection and Response (EDR) untuk mengesan serangan siber kepada pengguna-pengguna sektor perniagaan.



Fun Friday 😅#Microsoft #crowdstrike #bsod pic.twitter.com/6ndiaPfuqG

— Mohit Jain (@datawithmohit) July 19, 2024

Pada pagi 19 Julai 2024, pihak mereka telah menyebarluaskan satu kemas kini kepada platform EDR mereka iaitu, CrowdStrike Falcon.

Walau bagaimanapun, terdapat isu dengan kemas kini itu khususnya yang melibatkan driver csagent.sys ataupun C-00000291*.sys.



Ia adalah driver yang dibangunkan CrowdStrike untuk membolehkan produk mereka berinteraksi dengan sistem operasi Windows di tahap perkakasan dan kernel.

Kemas kini itu mencetuskan konflik dan seterusnya ralat dalam sistem operasi Windows dan seterusnya terjadilah situasi Blue Screen of Death (BSOD).

CrowdStrike: Malaysia turut terjejas

Rentetan daripada insiden tersebut, ada perusahaan yang beroperasi di Malaysia turut terjejas. Itu belum dikira yang tidak melaporkannya. Antara jenama yang melaporkan kegendalaan ialah seperti:

  • AirAsia
  • Bursa Malaysia
  • KLIA Express
  • Malaysia Airport Berhad
  • Pos Malaysia Berhad
  • Pos Malaysia Berhad
Sumber

AirAsia melaporkan terdapat masalah dengan sistem tempahan dan daftar masuk. Jadi, mereka memaklumkan akan terdapat kelewatan kepada proses daftar masuk kerana ada antaranya yang perlu ditulis tangan secara manual.

Sumber

Pengendali KLIA iaitu Malaysia Airpots Berhad pula mengatakan mereka tidak terjejas dengan masalah kegendalaan Microsoft ini. Namun, beberapa rakan penerbangan katanya terjejas tanpa memetik yang mana satu.

Sumber

Papan pemapar maklumat saham Bursa Malaysia pula dikatakan tidak berfungsi dan pihak mereka sedang menyiasat perkara tersebut. Walau bagaimanpun, operasi perdagangan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.

Sumber

Pihak Keretapi Tanah Melayu (KTMB) memaklumkan yang sistem tempahan tiket KITS dan semua saluran aduan Pusat Khidmat Pelanggan KTMB sedang mengalami gangguna teknikal disbebakan “Crowdstrike” Microsoft Windows.

Sumber

KLIA Express juga berdepan masalah dengan sistem tempahan tiket mereka. Ia menyebabkan tiket tidak boleh dibeli melalui aplikasi, laman web, ataupun e-dompet. Mereka meminta penumpang untuk membeli tiket melalui kaunter fizikal.

Sumber

Pos Malaysia turut memberitahu pelanggan mereka yang gangguan teknikal sedang mereka hadapi akibat kegendalaan servis Microsoft.

CrowdStrike: Ini saranan Kaspersky

Kaspersky, syarikat keselamatan siber daripada Russia, adalah pesaing kepada CrowdStrike, semestinya mereka akan mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan solusi mereka. Makanya, Kaspersky ada mengetengahkan beberapa saranan yang berguna untuk mengelakkan insiden ini daripada berulang.

  • Elak kemas kini pada hari Jumaat supaya sekiranya terdapat isu berbangkit, ia boleh diperbetul dengan segera bagi elakkan kegendalaan akibat kakitangan IT berehat pada hujung minggu.
  • Kemas kini perlu diuji secara menyeluruh meliputi semua jenis konfigurasi dan sistem oeprasi.
  • Proses penyebaran harus dilakukan secara berkala supaya isu yang timbul mudah dibendung.
  • Analisis terhadap punca sebenar perlu dilakukan untuk elak perkara yang sama berlaku lagi.

Sumber: Kaspersky

Bacaan berkaitan

Laman penghantar barang dan kedai online palsu paling banyak curi data pengguna – Kaspersky

TIPS: 7 langkah perlu dilakukan sebelum beli-belah dalam talian, elak wang dicuri

Tips: 5 cara memastikan transaksi kewangan dalam talian selamat dari serangan siber

Tags: Kasperskykeselamatan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
CrowdStrike: Apa yang berlaku dan bagaimana untuk elaknya

CrowdStrike: Apa yang berlaku dan bagaimana untuk elaknya

22 July 2024
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER