• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 200 Lite dengan storan 512GB, pengganti telefon 5G murah Honor 90 Lite

  • OLEH Najib
  • 2:21 pm
  • 23/07/2024
  • Komen
Honor 200 Lite dengan storan 512GB, pengganti telefon 5G murah Honor 90 Lite
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia kini mengumumkan bahawa program Pakej 5G Rahmah Honor 90 Lite akan berakhir. Ia merupakan salah satu telefon pintar pilihan ramai dalam pakej ini. Tetapi jangan risau kerana Honor mahu menggantikan tempat Honor 90 Lite dengan telefon baru yang lebih baik, Honor 200 Lite.

Antara yang dijanjikan Honor tentang Honor 200 Lite adalah ia memiliki storan dua kali lebih besar iaitu 512GB. Skrinnya juga lebih teguh, menggunakan ‘Kaca Ultra Kukuh Diperkuatkan. Malah, pengguna tidak perlu risau sangat kerana Honor menawarkan ‘Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari’ percuma.



Tetapi lebih penting lagi, adakah harga Honor 200 Lite akan dikekalkan seperti Honor 90 Lite. Tahun lepas, Honor 90 Lite dilancar pada harga RM1,099 dan disertakan RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan dikuasakan cip Dimensity 6020.

Spesifikasi Honor 200 Lite

Walaupun harganya masih belum didedahkan, spesifikasi Honor 200 Lite boleh diketahui kerana ia telah tersenarai di laman rasmi Honor Malaysia. Ketahanan telefon ini boleh diyakini kerana ia telah diiktiraf 5 bintang oleh SGS Switzerland dalam ujian tahan jatuh setinggi 1.5 meter.



Pemproses di Honor 200 Lite dinaik taraf ke Dimensity 6080 5G 6nm, bersama RAM 8GB dan storan dalaman sangat besar 512GB. Ia ada keupayaan RAM maya sehingga 8GB, menjadikan jumlah RAM kepada 16GB.

Skrinnya jenis AMOLED seluas 6.7-inci, beresolusi HD Penuh. Kecerahan skrin ini setinggi 1,200nits dan boleh mencecah puncak ke 2,000nits. Terdapat lubang bujur di dahi skrin dan ia menyokong ‘Magic Capsule’, boleh memaparkan pelbagai maklumat penting dan menarik dengan melebarkan ruang hitam.

Lubang bujur ini turut memuatkan kamera hadapan 50MP F2.1 dan lampu kilat, untuk swafoto sentiasa cerah. Di belakang terdapat tiga kamera, iaitu kamera utama 108MP F1.75, kamera potret 5MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

Bateri di Honor 200 Lite masih kekal dengan 4,500mAh sahaja, agak kecil untuk standard masakini. Ia menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 35W menerusi USB-C.

Tiada petanda ada dua speaker di telefon ini, bermakna speakernya mungkin mono. ia juga menyokong WiFi 5 dan Bluetooth 5.1. Tetapi NFC juga tidak disenaraikan, mungkin tertinggal kerana Honor 90 Lite dilengkapi NFC.

Sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 akan digunakan oleh Honor 200 Lite. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna, biru dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor 200 Lite.

Bacaan Berkaitan

  • Honor 90 Lite: Dilengkapi kamera 100MP dan skrin 90Hz pada harga sekitar RM1,000
  • Telefon rahmah Honor 90 Lite vs Realme 11 5G, mana lebih baik?
  • Siri Honor 200 Malaysia: Mode potret talaan Studio Harcourt dalam poket anda
  • Siri Honor 200 dilancar 19 Jun, bayar RM20 dan terima ganjaran RM1,377 dalam tempahan awal
Tags: honorHonor 200Honor 200 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Honor 200 Lite dengan storan 512GB, pengganti telefon 5G murah Honor 90 Lite

Honor 200 Lite dengan storan 512GB, pengganti telefon 5G murah Honor 90 Lite

23 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER