• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Teknologi 720° SphereTech Infinix revolusikan ciri NFC Android, ini yang menarik tentangnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:30 pm
  • 23/07/2024
  • Komen
Teknologi 720° SphereTech Infinix revolusikan ciri NFC Android, ini yang menarik tentangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar telefon Android terkenal, Infinix, mengumumkan teknologi 720° SphereTech. Ia adalah teknologi yang akan menambah baik ciri NFC telefon berbanding sedia ada.

Mereka cuba menyelesaikan isu dalam kebanyakan ciri NFC pada telefon iaitu jarak pengesanan yang terhad serta lokasi pengesanan yang terlalu khusus.



Menggunakan 720° SphereTech, mereka katakan yang mana-mana telefon Infinix yang diperkasa ciri ini boleh membaca tag NFC sama ada di depan, belakang, ataupun di sisi telefon. Malah, jarak bacaan dipertingkat 200% bermakna telefon tak perlu terlalu rapat dengan tag untuk telefon menkstrak info.

Namun begitu, kita masih belum ada maklumat tentang telefon Infinix manakah yang pertama akan terima ciri ini.



5 perkara yang boleh anda lakukan dengan NFC di telefon

1. Pembayaran tanpa sentuh

Perkara yang paling kerap dilakukan dengan NFC oleh pengguna di Malaysia sekarang ialah pembayaran tanpa sentuh. Di telefon Infinix yang ada NFC, pengguna boleh manfaatkan Google Pay untuk lakukan transaksi dan kad TNG jenis Enhanced juga boleh ditambah nilai menggunakan ciri yang serupa.

2. Perkongsian maklumat

Mungkin jarang diamalkan tapi tetap berguna terutamanya yang berada dalam sektor pekerjaan Dua telefon dengan NFC jika didekatkan boleh bertukar maklumat perhubungan antara satu sama lain. Ia seperti kita bertukar bussiness card tapi versi digital dan boleh terus disimpan di dalam telefon.

3. Kawalan akses

Proses mendekatkan kad di tempat pembaca untuk membuka pintu ataupun palang tempat letak kereta adalah salah satu contoh penggunaan NFC untuk kawalan akses. Di sesetengah telefon Android, cip NFC-nya boleh menyalin dan mensimulasikan data di dalam kad. Jadi anda hanya gunakan telefon untuk semua kad akses anda.

@soyacincautiktok

Cara mudah klon kad NFC guna telefon 🤩 tak payah risau lagi tertinggal kad 😉 #fyp #soyacincautiktok #KongsiBersama #NFC #realme

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

4. Cetuskan sambungan antara peranti

Speaker pintar biasanya ingin memudahkan penggunannya menyambungkan telefon dengan cara meminta pengguna dekatkan telefon kepada badan speaker. Ia lebih kemas berbanding pengguna perlu ke halaman setting telefon dan seterusnya memilih speaker daripada senarai peranti Bluetooth.

5. Automasi perkakasan

Perkakasan rumah pintar juga banyak yang memanfaatkan NFC untuk lakukan automasi. Contohnya, anda masuki rumah dan imbas cip NFC yang berada di pintu dengan telefon. Anda boleh tetapkan arahan untuk hidupkan sekumpulan perkakasan rumah seperti lampu dan kipas serentak hanya dengan satu tindakan.

Tags: Infinixnfc
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Teknologi 720° SphereTech Infinix revolusikan ciri NFC Android, ini yang menarik tentangnya

Teknologi 720° SphereTech Infinix revolusikan ciri NFC Android, ini yang menarik tentangnya

23 July 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER