• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

e-Wallet BINGKAS diperkenal di Selangkah, salur bantuan RM300 sebulan kepada penerima

  • OLEH Najib
  • 10:59 am
  • 24/07/2024
  • Komen
e-Wallet BINGKAS diperkenal di Selangkah, salur bantuan RM300 sebulan kepada penerima
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Selangor telah mengumumkan kewujudan e-Wallet BINGKAS, fungsi baru yang diperkenal di dalam aplikasi Selangkah. Fungsi e-dompet baru ini disediakan secara khusus untuk program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

BINGKAS diperkenal oleh kerajaan Selangor untuk memberi sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah, mendapatkan keperluan asas dan alat pendidikan. Sebanyak RM300 akan diberikan setiap bulan selama 24-bulan, kepada penerima yang layak dan berjaya mendaftar.



Bantuan RM300 BINGKAS akan dikreditkan ke dalam e-Wallet BINGKAS di dalam aplikasi Selangkah, dan boleh digunakan di kedai serbaneka dan pasaraya berdaftar. Urusniaga pembelian dibuat secara tanpa tunai melalui e-Wallet BINGKAS.

aplikasi Selangkah

Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300. Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan. e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.



Kelayakan dan cara memohon BINGKAS

Permohonan BINGKAS dibuka kepada warganegara Malaysia dan pemilih berdaftar di Selangor. Pemohon juga mestilah lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun. Selain itu, pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah serta memiliki tanggungan sekurang-kurangnya dua orang berusia 18 tahun ke bawah, layak untuk memohon BINGKAS.

Orang ramai boleh membuat permohonan BINGKAS menerusi laman web BINGKAS atau di aplikasi Selangkah (muat turun di Apple Appstore, Google Playstore, Huawei AppGallery). Kemudian, harus mendaftar masuk aplikasi Selangkah dan mengaktifkan e-Wallet Selangkah, sebelum e-Wallet BINGKAS dapat digunakan.

Jika sudah memohon, jangan lupa untuk selalu menyemak status permohonan. Kalau berwarna hijau, maknanya anda telah layak menerima BINGKAS. Untuk berwarna kuning, semak dokumen yang tidak lengkap dan hantar semula. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.bingkasselangor.com.

Tags: bingkasSElangkah
Najib

Najib

POPULAR

e-Wallet BINGKAS diperkenal di Selangkah, salur bantuan RM300 sebulan kepada penerima

e-Wallet BINGKAS diperkenal di Selangkah, salur bantuan RM300 sebulan kepada penerima

24 July 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN