• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X6b, telefon 256GB yang sangat murah dan ada pengecas turbo

  • OLEH Najib
  • 1:53 pm
  • 29/07/2024
  • Komen
Honor X6b, telefon 256GB yang sangat murah dan ada pengecas turbo
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir setahun yang lepas, Honor telah melancarkan telefon murah bawah RM600, Honor X6a. Kini telah kelihatan model penggantinya, Honor X6b mula dijual di Malaysia.

Honor X6b dinaik taraf dengan prestasi lebih tinggi menggunakan cip lebih berkuasa, bateri 5,200mAh dan pengecas turbo lebih pantas. Ia juga lebih tahan lasak dengan pengiktirafan lima-bintang oleh SGS.



Harga Honor X6b

Secara rasmi, Honor belum mengumumkan kedatangan dan penjualan Honor X6b di Malaysia. Tetapi ia telah kelihatan disenaraikan di Stor Online Honor, serta Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Dari senarai jualan, hanya ada satu varian Honor X6b di Malaysia iaitu:



  • Honor X6b (RAM 6GB + storan 256GB) – RM599

Kepada yang berminat, boleh membeli Honor X6b sekarang di Stor Online Honor, serta Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Honor X6b

Telefon pintar murah Honor X6b kini lebih berkuasa. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G85 12nm, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 256GB. Keupayaan RAM maya padanya, membolehkan RAM diluaskan menjadi 12GB.

Saiz skrinnya masih kekal 6.56-inci jenis LCD bertakuk kecil, dengan resolusi HD 720 dan kadar penyegaran 90Hz. Tetapi ia lebih cerah, boleh mencecah 780 nits. Honor juga melengkapi skrin ini dengan teknologi Magic Capsule ala Dynamic Island di iPhone, membesarkan warna hitam di takuk untuk memaparkan notifikasi lebih menarik. Tambah Honor, skrin ini juga menyokong fungsi ‘Always on Display’.

Takuk kecil di atas skrin memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Di belakang, walaupun ada 4 lubang seakan kamera, hanya ada dua kamera sebenar padanya iaitu kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP. Kamera ini mampu merakam video sehingga HD Penuh (1920×1080).

Honor mengekalkan bateri sedikit besar di Honor X6b, berkapasiti 5,200mAh untuk penggunaan telefon lebih panjang. Naik taraf ketara adalah pada sokongan pengecasan, kini boleh menerima kuasa sehingga 35W, antara terbaik dalam harganya.

Sistem bunyi masih mono serta mengekalkan jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari terdapat pada butang kuasa di sisi. Ia turut menyokong WiFi 5, Bluetooth 5.1 tetapi tiada NFC.

Honor X6b menjalankan sistem operasi Android 14 dengan antaramuka MagicOS 8.0. Terdapat dua warna disediakan, antara hitam dan hijau. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor X6b.

Bacaan Berkaitan

  • Honor X6a telefon murah mewah bawah RM600, lengkap dengan bateri besar dan pengecas pantas
  • Honor X5 Plus telefon lebih murah dengan bateri besar, kamera 50MP dan skrin 90Hz
  • Honor 200 Lite 512GB, telefon mampu milik dengan jaminan retak mula dijual pada 26 Julai
  • Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899
  • Honor X9b kini ada storan 512GB, kekal tahan lasak dan dijamin dari retak
Tags: honorHonor X6b
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6b, telefon 256GB yang sangat murah dan ada pengecas turbo

Honor X6b, telefon 256GB yang sangat murah dan ada pengecas turbo

29 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER