• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C61 kini rasmi dilancar, telefon murah tahan lasak dan dijamin 2 tahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:56 pm
  • 02/08/2024
  • Komen
Realme C61 kini rasmi dilancar, telefon murah tahan lasak dan dijamin 2 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Realme hari ini telah melancarkan telefon terbaru mereka dalam siri C, iaitu Realme C61. Ia adalah telefon kelas permulaan dan pada segi heriarki, ia berada di bawah Realme C63 yang baharu sahaja diperkenal pada awal Jun. Tetapi yang menariknya, Realme C61 terbaru ini dikatakan ada binaan tahan lasak dan kalis jatuh, serta didatangkan dengan jaminan penggantian 1-ke-1 panjang.

Harga dan ketersediaan Realme C61 di Malaysia

Realme C61 dilancarkan di Malaysia dalam satu varian dengan RAM 6GB dan storan 128GB pada harga RM499, sama seperti yang apa didedahkan sebelum ini. Bagaimanapun, tiada sebarang promosi jualan awal yang disediakan. Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, ia boleh dibeli melalui stor rasmi Realme, pengedar sah Realme dan gedung rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok.



Satu perkara diketengahkan Realme adalah, telefon ini ada binaan tahan lasak yang mampu menyerap hentakan dengan sangat baik. Untuk meyakinkan pengguna, Realme juga menawarkan waranti penggantian 1-ke-1 selama 730 hari atau dua tahun. Jadi, anda tak perlu risau dan Realme akan tukarkan kepada yang baru sekiranya telefon rosak dalam tempoh dua tahun.

Spesifikasi Realme C61

Realme C61 didatangkan dengan skrin 6.74-inci menggunakan paparan jenis LCD, beresolusi HD 720p, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak 560 nits. Ia juga ada rekaan berkilauan pada panel belakang serta badan nipis hanya 7.84mm.



Telefon ini dikuasakan cip Unisoc T612 dengan disediakan RAM LPDDR4X seluas 6GB dan storan bersaiz 128GB. RAM boleh diperluas secara dinamik lagi 12GB menjumlahkan 18GB yang boleh digunakan, serta terdapat slot mikro-SD untuk storan dibesarkan lagi sehingga 2TB.

Menghidupkan telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dan untuk mengecas, ia menyokong pengecasan 15W. Realme dakwa yang kesihatan baterinya boleh kekal baik selama 4 tahun.

Berkenaan sistem pengimejan pula, ia didatangkan dengan kamera utama 50MP F/1.8 dan satu lagi kamera depth. Takuk di skrin pula menempatkan kamera hadapan 5MP F/2.22, dengan takuk itu juga menyokong ciri Mini Capsule, membolehkan takuk dibesarkan untuk paparkan notifikasi dengan lebih menarik.

Selain itu, telefon ini turut menyokong ciri kawalan tanpa sentuh menggunakan isyarat tangan, butang dinamik boleh disuaikan, serta AI Boost yang membenarkan pengguna meningkatkan atau mengawal prestasi telefon. Sistem bunyi adalah jenis mono dan telefon juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54.

Lagi ciri lain yang ada pada Realme C61 termasuk sokongan rangkaian 4G, Bluetooth 5.0, WiFi 5, pengimbas cap jari di butang kuasa, jek audio 3.5mm dan sistem operasi Realme UI berasaskan Android 14. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu emas dan hijau gelap.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme C61.

Bacaan berkaitan

  • Realme C63 dilancar, telefon termurah dengan pengecas 45W di Malaysia
  • Realme Malaysia nak lancar iPhone pada 5 Jun? Cas Seminit, Sembang Sejam
  • Realme GT 6 akan dikuasakan NEXT AI & cip flagship Qualcomm
Tags: RealmeRealme C61Realme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme C61 kini rasmi dilancar, telefon murah tahan lasak dan dijamin 2 tahun

Realme C61 kini rasmi dilancar, telefon murah tahan lasak dan dijamin 2 tahun

2 August 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN