• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Perbandingan

5 Terbaik: Fon putik murah sesuai gaming, kependaman serendah 25ms

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:47 pm
  • 06/08/2024
  • Komen
5 Terbaik: Fon putik murah sesuai gaming, kependaman serendah 25ms
Share on FacebookShare on Twitter

Anda biasa gaming? Pasti selalu gunakan fon telinga untuk dapatkan pengalaman yang lebih mengasyikkan, betul tak? Tetapi sekarang, tak banyak telefon pintar yang ada jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar, jadi perlu gunakan penyesuai atau adapter untuk sambungkan bicu audio ke telefon pintar.

Salah satu cara untuk selesaikan permasalahan itu adalah dengan fon putik wayarles, tetapi tak ramai nak pakai untuk gaming sebab ada kelengahan sambungan. Namun, anda tahu tak sebenarnya ada banyak fon putik wayarles yang ada low latency? Harga masih mampu milik, ada rekaan menarik dengan lampu RGB serta ada juga daripada senarai fon putik ini lengkap dengan fungsi penyaring hingar aktif ANC dan diiktiraf kalis percikan air.



Jadi, di sini saya nak senaraikan 5 fon putik gaming murah ada kependaman rendah sesuai untuk gaming.

1. Oppo Enco Air 3 – RM236

Pertama adalah Oppo Enco Air 3. Fon putik ini adalah jenis tanpa tip silikon dan ia bukanlah fon putik khusus untuk gaming. Tetapi, ia ada mod kependaman ultra rendah berikan latensi serendah 47ms sesuai untuk gaming. Selain daripada itu, audio yang dihasilkan juga mantap kerana fon putik ini menggunakan pemandu 13.4mm dengan sokongan HiFi 5 DSP untuk memproses audio berkualiti tinggi.



Daripada segi sambungan, ia menggunakan Bluetooth 5.3 dengan codec seperti AAC dan SBC, serta ada Google Fast Pair. Nak gaming dalam tempoh lama pun boleh sebab baterinya ada masa penggunaan sehingga 6 jam. Selain ada kalis percikan air IP54, kelebihan fon putik ini ia ada Alive Audio untuk tawarkan kesan bunyi sekeliling, sokong kawalan sentuhan pada permukaan fon putik dan teknologi pengurangan hingar untuk tapis bunyi bising sewaktu panggilan. Cuma kelemahannya ia tak ada ANC.

Anda boleh dapatkan Oppo Enco Air 3 di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produknya di sini.

2. Edifier Hecate GT2 – RM149

Sekiranya anda mahukan fon putik dengan estetik gaming dan harga lagi murah, Edifier Hecate GT2 merupakan pilihan menarik. Bekas pengecasnya gunakan tekstur seakan gentian fiber berwarna hitam serta ada garisan lampu RGB di hadapan bekas pengecasnya. Untuk gaming, fon putik ini ada kependaman ultra rendah 45ms dan menggunakan sambungan Bluetooth 5.3.

Audio pula dikeluarkan dari unit pemandu dinamik sebesar 13mm. Tetapi, hayat bateri pada fon putik kurang sedikit pada 4.5 jam, tiada ANC dan tahap kalis air juga hanya IPX4. Bagaimanapun, untuk panggilan, fon putik ada teknologi untuk tingkatkan suara dan kurangkan bunyi latar belakang, sesuai untuk komunikasi semasa dalam sesi gaming.

Anda boleh dapatkan Edifier Hecate GT2 di Lazada dan Shopee. Ketahui lebih lanjut di laman produk Edifier.

3. Realme Buds T300 – RM199

Realme Buds T300 ini juga bukan fon putik fokus untuk gaming, tetapi masih sesuai sebab ada mod gaming jadikan kependaman rendah 50ms melalui sambungan Bluetooth 5.3. Fon putik ini dilengkapkan dengan pemandu dinamik bass sebesar 12.4mm, serta ada rekaan komponen dalaman fon putik yang dioptimumkan katanya dapat berikan kualiti audio yang lebih baik dan luas.

Selain itu, fon putik ini juga ada kesan Spatial Audio 360 darjah menjadikan pengalaman mendengar lebih imersif dan lengkap dengan ANC yang mampu untuk singkirkan bunyi luar sehingga 30dB. Ia juga ada empat mikrofon dengan ciri pengurangan hingar. Paling menarik, hayat baterinya paling panjang sehingga 8 jam penggunaan dan ada kalis percikan air IP55.

Anda boleh dapatkan Realme Buds T300 di Lazada dan Shopee. Dapatkan maklumat lagi lanjut di laman produk fon putik.

4. SoundPEATS CyberGear – RM219

SoundPEATS CyberGear ini adalah pilihan terbaik jika anda nakkan estetik gaming yang lagi mengancam. Ini kerana, ia ada lampu RGB di bekas pengecas dan juga pada permukaan fon putik dengan rekaan nampak futuristik. Tahap kependamannya adalah serendah 45ms dan audio fon putik dihasilkan dari pemandu agak kecil sikit iaitu 10mm.

CyberGear ini turut menggunakan sambungan Bluetooth 5.3 dan sokong kawalan sentuhan di permukaan fon putik. Selain itu, fon putik ini juga mampu berikan masa penggunaan 6.5 jam. Walaupun fon putik ini menggunakan tip silikon, ia tak memiliki fungsi ANC.

Anda boleh dapatkan SoundPEATS CyberGear di Lazada dan Shopee. Nak tahu lagi lanjut boleh pergi ke laman web ini.

5. Baseus AeQur G10 – RM236

Terakhir adalah Baseus AeQur G10. Fon putik ini juga ada rekaan gaming sebab ada lampu di fon putik dan bekas pengecas. Tetapi, tarikan sebenar fon putik ini adalah ia memiliki tahap kependaman paling rendah 25ms disebabkan ia boleh digunakan bersama dongle, yang boleh disambungkan pada telefon pintar atau komputer menggunakan USB-C dan USB-A.

Fon putik ini juga menyokong ciri Spatial Audio untuk kesan bunyi 3D, ada hayat bateri panjang 7 jam di fon putik, kawalan sentuhan dan menggunakan Bluetooth 5.3. Namun, tiada maklumat berkenaan jenis dan pemandu yang digunakan pada fon putik. Untuk sambungan, fon putik menyokong codec seperti LC3, AAC dan SBC.

Anda boleh dapatkan Baseus AeQur G10 di Lazada dan Shopee. Ketahui lebih lanjut di laman produknya di sini.

Bacaan berkaitan

  • 5 Terbaik: Fon putik ANC murah bawah RM200, tiada gangguan lagi (2024)
  • Senyap terus, ini 5 fon putik ANC terbaik dan murah di Malaysia
  • 5 fon putik bawah RM200 terbaik di Malaysia tahun 2023
Tags: 5 terbaikbaseusBaseus AeQur G10edifierEdifier Hecate GT2fon putikoppoOppo Enco Air3RealmeRealme Buds T300SoundpeatsSoundPEATS CyberGear
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Fon putik murah sesuai gaming, kependaman serendah 25ms

5 Terbaik: Fon putik murah sesuai gaming, kependaman serendah 25ms

6 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER