Postpaid apakah yang boleh anda dapatkan dengan bajet RM100? Dalam artikel ini saya korek senarai pascabayar beberapa telco utama Malaysia seperti:
- CelcomDigi
- Maxis
- U Mobile
- Unifi Mobile
- Yes 5G
1. CelcomDigi Postpaid 5G 100
CelcomDigi Postpaid 5G 100 boleh anda dapatkan pada harga RM90/bulan. Namun, perlu diingatkan yang harga tersebut adalah harga promo sekiranya anda bersetuju untuk langgannya di bawah kontrak selama 12 bulan. Sekiranya tidak, harga untuk pelan ini adalah RM100/bulan.
Untuk pelan pascabayar Postpaid 5G 100 ini, pelanggan terima kuota berkelajuan tinggi 150GB (5G/4G) dan kota tambahan 100GB (5G/4G) sekiranya melanggan di bawah kontrak 12 bulan. Maklumat yang perlu anda cakna adalah tentang had kelajuan 5G.
CelcomDigi berikan akses kelajuan Advance 5G kepada Pascabayar 5G 100 dan kelajuannya adalah 300Mbps. Selain Advance, tiga lagi tahap kelajuan 5G yang mereka wujudkan adalah seperti Essential, Premium, dan Ultimate.
Satu penawaran menarik daripada CelcomDigi adalah, anda turut akan terima akses CelcomDigi Fibre 300Mbps percuma selama 6 bulan dan anda boleh ambil keputusan sama ada untuk sambung ataupun tamatkan servis jalur lebar ini sekiranya tempoh promosi tamat.
Untuk rujukan, jalur lebar CelcomDigi 300Mbps boleh dilanggan secara berasingan pada harga serendah RM129/bulan bergantung kepada anda langgannya bersama kontrak ataupun tidak.
CelcomDigi juga akan tawarkan anda untuk add-ons Disney+ Hotstar Basic/Premium beserta kuota tambahan 20GB pada harga bermula RM24.90 disamping akses kepada Easy360 untuk pembelian telefon secara ansurans.
Anda boleh layari laman rasmi pascabayar CelcomDigi untuk maklumat lanjut.
2. Maxis Postpaid 79 & Hotlink Postpaid 70
Produk pascabayar Maxis terbahagi kepada dua iaitu yang ditawarkan di bawah Maxis sendiri dan satu lagi di bawah subjenama mereka Hotlink. Dua pelan yang boleh anda pertimbangkan adalah:
- Maxis Postpaid 79
- Hotlink Postpaid 70
Dimulakan dengan Maxis Postpaid 79. Pada komitmen bulanan RM79/bulan, anda beroleh pas pascabayar berkuota Internet sebanyak 80GB (4G/5G) dan bonus 80GB (5G). Hal ini bermakna, apabila anda berada dalam cakupan perkhidmatan 5G, kuota bonus akan digunakan terlebih dahulu sebelum kuota asas.
Anda juga beroleh kuota panggilan suara dan SMS tanpa had untuk semua rangkaian. Pelanggan pascabayar Maxis juga beroleh akses Maxis Zerolution serba baharu.
Satu lagi produk daripada subjenama Maxis iaitu Hotlink yang boleh anda pertimbangkan adalah Hotlink Postpaid 70. Pada kadar bulanan lebih rendah iaitu RM70/bulan, anda menikmati capaian Internet dengan kuota 70GB (4G/5G) dan kuota bonus 5G sebanyak 70GB. Namun, untuk 6 bulan pertama, komitmen bulanan anda adalah RM60 selepas ditolak rebat sebanyak RM10.
Lain-lain spesifikasi adalah sama dengan Maxis Postpaid 79 seperti kuota panggilan suara dan SMS tanpa had ke semua rangkaian. Satu kelebihan Hotlink Postpaid 70 berbanding Maxis Postpaid 79 adalah ia ciri roam-like-home 5G/4G untuk Singapura, Thailand, dan Indonesia.
Anda boleh layari laman rasmi Maxis Postpaid 79 and Hotlink Postpaid 70 untuk maklumat lanjut.
3. U Mobile Postpaid 98
U Mobile Postpaid 98 adalah pelang paling premium boleh anda dapatkan untuk bajet RM100. Ia berikan anda kuota penggunaan Internet sebanyak 1,000GB (1TB) untuk sambungan 5G dan 4G. Tiada sebarang had kelajuan dikenakan berbanding pelan yang lain.
Kuota yang sama juga boleh dikongsikan melalui hotspot dengan melalui promo yang dipanggila sebagai UltraHotspot 5G. Anda juga beroleh kuota panggilan tanpa had untuk semua rangkaian tempatan.
Satu kelebihan U Mobile Postpaid 98 adalah kuota perayauan percuma untuk 63 negara terpilih. Anda diberikan 15GB/bulan untuk Internet 5G dan 4G disamping panggilan masuk percuma bila anda berada di luar negara.
Lain-lain kemudahan yang boleh anda manfaatkan adalah seperti U PayLater, produk pemilikan peranti 5G dengan bayaran ansurans dan juga U FamilyShare sekiranya anda ingin tambah sehingga 6 talian tambahan serendah RM38/bulan.
Anda boleh layari laman rasmi U Mobile Postpaid 98 untuk maklumat lanjut.
4. Unifi Mobile Uni5G Postpaid 99
Sama seperti pascabayar U Mobile, pascabayar Unifi Mobile juga ada 3 opsyen untuk dipilih. Pelan yang paling premium ialah Uni5G Postpaid 99 dengan komitmen bulanan sebanyak RM99/bulan.
Apabila melanggan pelan ini, anda beroleh kuota Internet sebanyak 100GB (5G/4G) berkelajuan tinggi dan boleh juga digunakan untuk hotspot dengan peranti lain, tertakluk kepada baku kuota pelan. Akhir sekali, panggilan suara adalah tanpa had.
Sebelum itu, satu perkara yang perlu anda tahu adalah tentang kuota Internet pelan ini. Walaupun dikatakan sebelum ini ia ada kuota 100GB, namun dalam tempoh sehingga diberitahu, mereka sedang adakan promo yang berikan anda kuota tanpa had.
Tiada sebarang FUP keras seperti yang mereka tetapkan pada produk prabayar dan ia bermakna anda memang boleh nikmati kuota tanpa had pada kelajuan penuh.
Anda boleh layara laman rasmi Uni5G Postpaid 99 untuk maklumat lanjut.
5. Yes 5G Infinite Ultra & Infinite Standard
Yes 5G ada penawaran pascabayar paling banyak konfigurasi dan penawarannya juga berbeza sekiranya anda ambil bersama kontrak ataupun tidak. Untuk pilihan tanpa kontrak, Yes 5G Infinite Standard boleh anda pertimbangkan pada harga RM88.
Anda beroleh akses Internet 5G/4G tanpa had kuota ataupun had kelajuan. Namun, sekiranya ingin hotspot, kuota data dihadkan kepada 50GB. Lagi kuota tanpa had yang diberikan adalah seperti panggilan suara dan juga kuota perayauan ke Singapura. Penawaran Yes 5G adalah ringkas dan mudah difahami. Seterusnya adalah pulihan berkontrak.
Yes 5G Infinite Ultra pada harga RM98/bulan berikan semua yang Infinite Standard tawarkan tapi kuota hotspot adalah 110GB iaitu dua kali ganda berbanding pelan tanda kontrak.
Anda boleh layari laman rasi Yes 5G Infinite Ultra & Infinite Standard untuk maklumat lanjut.
Bacaan berkaitan
5 Terbaik: Fon putik murah sesuai gaming, kependaman serendah 25ms
5 Terbaik: Telefon murah bawah RM600 dengan pengecasan pantas dan NFC (2024)