• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google TV Streamer diperkenal dengan kuasa Gemini AI, bakal ganti Chromecast

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:11 pm
  • 13/08/2024
  • Komen
Google TV Streamer diperkenal dengan kuasa Gemini AI, bakal ganti Chromecast
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan Google TV Streamer bagi menggantikan keluarga Chromecast yang telah diperkenal Google sejak tahun 2013. Menurut syarikat itu, Google TV Streamer direka untuk berikan hiburan dan pengalaman rumah pintar yang jauh lebih baik, dengan ianya lebih pantas dan premium berbanding Chromecast.

Daripada segi rupa, Google TV Streamer memiliki rekaan jauh lebih sleek dan moden, yang menjadikannya lebih mudah untuk dipadankan dengan hiasan di rumah. Selain Google TV, peranti Google TV Streamer turut boleh berfungsi sebagai hab pintar untuk ekosistem peranti Google Home dan Matter. Makanya, anda boleh kawal peranti rumah pintar anda terus dari skrin besar TV anda.



Integrasi Gemini AI

Google TV Streamer juga menawarkan akses kepada lebih 700,000 filem dan rancangan melalui pelbagai platform penstriman macam YouTube TV, Netflix, Disney+, Apple TV dan banyak lagi, dengan ada lebih 800 saluran percuma disediakan. Lebih menarik, Google turut menambah fungsi pintar Gemini AI pada Google TV Streamer untuk membolehkan ia memahami dan mencadangkan kandungan bersesuaian merentasi penstriman yang anda langgan.

Selain itu, anda boleh hasilkan senarai tontonan dengan cadangan yang diperibadikan untuk setiap ahli dalam rumah. Malah, integrasi Gemini juga membolehkan anda mendapat ringkasan penuh, ulasan serta pecahan kandungan musim demi musim supaya lebih mudah untuk anda mencari rancangan kegemaran anda.



Semasa TV tidak digunakan atau dalam mod ‘Ambient’, anda juga boleh paparkan imej daripada Google Photos anda berbanding biarkan skrin kosong. Bukan itu sahaja, anda juga ada keupayaan untuk menjana imej AI untuk digunakan sebagai screensaver. Untuk lakukannya, anda hanya perlu huraikan apa yang ada difikiran menggunakan suara, kemudian Gemini akan menjana imej tersebut.

Dalam masa sama, fungsi Google Cast juga masih tersedia di Google TV Streamer membenarkan anda untuk mainkan kandungan di TV melalui telefon.

Spesifikasi Google TV Streamer

Untuk spesifikasi, Google TV Streamer didatangkan dengan pemproses 22% lebih pantas, RAM dua kali ganda lebih besar dan storan 32GB berbanding Chromecast terdahulu. Google TV Streamer juga menyokong 4K HDR serta Dolby Vision dan Dolby Atmos.

Untuk sambungan internet, Google TV Streamer menyokong sambungan WiFi ataupun secara berwayar menggunakan port ethernet. Ia juga memiliki satu port HDMI 2.1 dan satu USB-C.

Rekaan alat kawalan jauh Google TV Streamer juga diperbaharui dengan ergonomik lebih baik dan ditambah tekstur di belakang untuk berikan cengkaman lebih baik. Sekiranya alat kawalan hilang, Google telah menambah satu butang di belakang Google TV Streamer dan apabila ia ditekan, alat kawalan itu akan keluarkan bunyi supaya mudah dicari.

Google TV Streamer tidak tersedia didapatkan pengguna di Malaysia. Bagaimanapun, ia akan dijual bermula 24 September pada harga USD99.99 (~RM439). Sebagai perbandingan, Chromecast 4K dijual pada harga USD49.99 (~RM217).

Alternatif Google Chromecast

Sekiranya anda mencari alternatif kepada Google Chromecast yang lebih murah, terdapat beberapa pilihan Android TV Stick yang ada di Malaysia. Antaranya adalah Mi TV Stick yang berharga RM159. Ia menyokong Chromecast serta didatangkan dengan Google Play Store membolehkan anda muat turun ribuan aplikasi.

Kedua adalah Sooka TV Stick yang anda boleh beli pada harga RM349. Ia juga memiliki Google Play Store kerana menggunakan Android TV, serta ada sokongan untuk Chromecast.

[Sumber: Google]

Bacaan berkaitan

  • Built-in Chromecast dijenamakan semula jadi Google Cast, fungsi kekal sama
  • Google Pixel 9 akan dijual di Lazada dan Shopee
  • Google Malaysia menyebut Pixel 9 Pro akan datang Ogos ini
Tags: chromecastgeminiGooglegoogle geminiGoogle TV Streamer
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google TV Streamer diperkenal dengan kuasa Gemini AI, bakal ganti Chromecast

Google TV Streamer diperkenal dengan kuasa Gemini AI, bakal ganti Chromecast

13 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER