• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon AI Oppo Reno 12 tampil dengan warna baru sempena Bulan Kebangsaan

  • OLEH Najib
  • 11:40 am
  • 13/08/2024
  • Komen
Telefon AI Oppo Reno 12 tampil dengan warna baru sempena Bulan Kebangsaan
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat telefon pintar Oppo Reno 12, tidak lama lagi Oppo Malaysia akan menawarkan warna baru untuk model ini. Dikenali sebagai “Sunset Pink”, ia menyertai dua warna sedia ada iaitu coklat dan perak.

Kepada yang mahu mendapatkan warna baru Sunset Pink, ia akan mula dijual di Malaysia pada 16 Ogos 2024, di semua Kedai Jenama Oppo, Stor Online Oppo, Lazada, Shopee, syarikat telekomunikasi serta rakan pengedar Oppo di Malaysia.



Harga jualannya masih belum diumumkan, tetapi jangkakan ia akan dijual pada harga yang sama iaitu RM2,099, datang dengan RAM 12GB dan storan 512GB.

Spesifikasi Oppo Reno 12

Oppo telah melancarkan Reno 12 dan Reno 12 Pro di Malaysia pada bulan Jun lepas. Sebenarnya, tidak banyak berbeza antara dua model ini termasuk cip yang sama. Perbezaan ketara adalah pada kamera.



Cip MediaTek Dimensity 7300 Energy 4nm menguasakan Reno 12, bersama RAM LPDDR4X 12GB dan storan UFS 3.1 512GB. Telefon ini dihasilkan supaya tahan lasak dengan badan ‘All-Round Armour’. Ia dikatakan boleh tahan tekanan kereta 3.2-tan berjalan di atasnya, telah diuji tahan suhu tinggi serta kalis air dan hujan.

Skrin Reno 12 adalah jenis AMOLED melengkung seluas 6.7-inci, resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrin ini mencapai 1200 nits. Kaca Corning Gorilla Glass 7i digunakan sebagai lapisan atas dan ia ada pengimbas capjari di dalam skrin.

Salah satu tarikan Reno 12 adalah kamera hadapan 50MP F2.0 dengan autofokus, jarang ada di telefon pintar termasuk model flagship. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 OIS dengan sensor Sony LYT-600, kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Antara keupayaan AI yang tersedia di Reno 12 adalah seperti AI Eraser 2.0, AI Smart Image Matting 2.0, AI Studio dan Live Photo.

Tenaga pula datang daripada bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia boleh mengecas pantas dengan sokongan pengecasan SuperVOOC 80W berwayar. Oppo dakwa ia mampu mengecas telefon dari 0 ke 100% dalam masa 46 minit.

Oppo turut menekankan fungsi AI Link Boost yang terdapat di Reno 12. Katanya ia dapat meningkatkan capaian rangkaian selular, di samping Bluetooth 5.4 dan WiFi 6. Selain itu, Reno 12 turut memiliki pemancar inframerah dan speaker stereo.

Reno 12 menjalankan sistem operasi ColorOS 14 berasaskan Android 14. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo Reno 12.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Reno 12 Malaysia: Dikuasakan Dimensity 7300 Energy dan GenAI, harga bermula RM2,199
  • Oppo Reno 12 F, miliki banyak fungsi AI dan badan tahan lasak di telefon Reno termurah
  • Oppo A3x, telefon murah berkuasa Snapdragon 6s Gen 1 & skrin cerah 1,000 nits
  • Oppo A3 Pro, telefon pintar tahan lasak ekstrem IP54 dan mampu milik
Tags: oppoOppo Reno 12
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Telefon AI Oppo Reno 12 tampil dengan warna baru sempena Bulan Kebangsaan

Telefon AI Oppo Reno 12 tampil dengan warna baru sempena Bulan Kebangsaan

13 August 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER