• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Pixel 9 Pro Malaysia terima set berspesifikasi rendah berbanding set global? Ini jawapan Google

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:38 am
  • 16/08/2024
  • Komen
Pengguna Pixel 9 Pro Malaysia terima set berspesifikasi rendah berbanding set global? Ini jawapan Google
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga Google Pixel 9 sudahpun dilancarkan di Malaysia selepas 8 tahun penantian untuk kemunculan siri Google Pixel ke dalam pasaran kita. Walau bagaimanapun, ia keghairahannya hampir-hampir direncat apabila didapati bahawa spesifikasi teknikal Google Pixel 9 Malaysia tidak sama dengan pasaran luar sana.

Panel paparan Pixel 9 Pro Malaysia bukan Super Actua?

Seorang pengguna di Google Pixel Phone Malaysia Group mendapati bahawa terdapat pengkelasan khas untuk Pixel 9 Pro dan Pro XL set Malaysia apabila untuk pasaran Malaysia, India, dan Singapura, set pasaran ini hanya menggunakan panel Actua sahaja sedangkan kategori Rest of the World (ROW) mengguna pakai Super Actua.



Untuk rujukan anda, sewaktu pelancaran dan di laman spesifikasi teknikal rasmi produk, jelas kelihatan yang komponen panel paparannya adalah daripada jenis Super Actua (LTPO) dengan kadar sehgar semula 1-120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits. Perkara ini penting kerana panel paparan Actua yang biasa seperti yang ada di Pixel 9, mempunyai kadar segar semula 60-120Hz dengan kecerahan puncak 1,800nits.

Sekiranya benar, ia adalah sesuatu yang boleh mengundang kecaman disebabkan pengguna kita terpaksa membayar harga penuh untuk spesifikasi yang diturun taraf. Pastinya ia sesuatu yang tidak adil.



Google Malaysia akui ralat spesifikasi Pixel 9 Pro

Kami lantas menghubungi pihak Google Malaysia untuk mendapatkan penjelasan dan menurut wakil mereka, terdapat ralat maklumat pada Google Pixel Help Center. Setelah dimaklumkan, halaman tersebut sudahpun diperbetul. Menurut Google, Pixel 9 Pro di Malaysia masih menggunakan panel Super Actua seperti pasaran lain, seperti gambar tangkap layar di bawah ini.

Apakah Super Actua dan kenapa ia penting untuk Google Pixel 9 Pro?

Paparan Super Actua diperkenalkan Google pada Pixel 8 Pro tahun lepas. Ia adalah terma pemasaran yang mengatakan paparan Pixel 8 Pro mempunyai panel paparan bertahap kecerahan pucak tinggi, kejituan warna yang baik, serta kadar segar semula yang boleh pergi serendah 1Hz bagi tujuan penjimatan bateri.

Ia seperti iPhone 15 Pro Max dengan Super Retina XDR display. Ia merujuk pada paparan OLED iPhone yang ada teknologi ProMotion berkadar semula 120Hz dengan kecerahan puncak 2,000 nits. Di Samsung, mereka Dynamic AMOLED 2X yang menawarkan ciri hampir serupa seperti kadar segar semula boleh laras dengan kecerahan puncak setinggi 2,600nits.

Bacaan berkaitan

Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2024

Google Pixel Buds Pro 2: Tensor A1 dengan ANC dua kali ganda lebih baik

Google Pixel 9 Pro Fold: Skrin lebih besar dan badan lebih ramping, ternipis di benua Amerika

Google Pixel Watch 3: Skrin lebih besar dan ada Ultra-wideband, bakal tiba di Malaysia

Google Pixel 9: Gemini & Kuasa AI mengatasi prestasi

Google Pixel 9 Pro: Kuasa Pro kini dalam dua saiz

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel 9google pxiel 9 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengguna Pixel 9 Pro Malaysia terima set berspesifikasi rendah berbanding set global? Ini jawapan Google

Pengguna Pixel 9 Pro Malaysia terima set berspesifikasi rendah berbanding set global? Ini jawapan Google

16 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER