• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan gila POCO F6 Pro, turun harga sehingga RM340

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:10 am
  • 20/08/2024
  • Komen
Jualan gila POCO F6 Pro, turun harga sehingga RM340
Share on FacebookShare on Twitter

Buat yang sedang mencari sebuah telefon baharu, bolehlah usyar jenama Poco bersempena dengan Poco Carnival yang berlangsung antara 19 Ogos hingga 31 Ogos 2024. Ada pelbagai model telefon dijual pada harga diskaun daripada model flagship Poco F6 Pro hinggalah ke model kelas permulaan Poco C65.

Anda boleh usyar tawaran Poco Carnival di Lazada ataupun Shopee, sementara stok masih ada.



Poco F6 Pro diskaun sehingga RM340

Poco F6 Pro boleh anda dapatkan dalam beberapa konfigurasi. Berikut adalah senarai harga Poco F6 Pro sewaktu Poco Carnival:

  • Poco F6 Pro (12GB + 256GB) – RM2,299 RM2,059
  • Poco F6 Pro (12GB + 512GB) – RM2,499 RM2,159
  • Poco F6 Pro (16GB + 1TB) – RM2,899 RM2,599

Poco F6 Pro adalah model paling premium dalam keluarganya setakat ini. Atas papan utama, telefon ini diperkasa Snapdragon 8 Gen 2. Walaupun SoC ini lebih berusia berbanding Sanpdragon 8s Gen 3 Poco F6, namun ia lebih berkuasa daripada segi clockspeed.



Poco F6 Pro ada kelengkapan dwikamera belakang. Kamera utamanya mengguna pakai sensor 50MP sementara ia ada satu lagi kamera ultralebar 8MP. Di bahagian depan, telefon ini mengambil tenaga daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 120W.

Poco C65 harga serendah RM429

Berada di sebelah hujung lagi satu spektrum harga penawaran telefon Poco ialah Poco C65. Ia dilancarkan dalam pasaran kita dalam bulan November 2023 lalu. Untuk Poco Carnival, berikut adalah senarai harganya:

  • Poco C65 (6GB + 128GB) – RM499 RM429
  • Poco C65 (8GB + 256GB) – RM599 RM529

Untuk spesifikasi, Poco C65 berada dalam kelas permulaan jenama ini. Ia ada panel paparan 6.73” dengan kandar segar semula 90Hz namun dalam resolusk HD+ sahaja. Atas papan utama, Poco C65 ditunjangi Mediatek Helio G85 dengan kombinasi RAM paling tinggi adalah 8GB + 256GB,

Di bahagian pengimejan, Poco C65 dilengkapi sistem dwikamera belakang 50MP selaku kamera utama dan kamera 2MP untuk makro. Gambar selfie boleh diambil menggunakan kamera 8MP. Tangki bateri sebesar 5,000mAh membekalkan segala keperluan komponen elektronik Poco C65 dengan sokongan pengecasan 18W.

Senarai model Poco yang ada diskaun di Poco Carnival Deal

Selain Poco F6 Pro dan Poco C65, ada beberapa model lain lagi yang mendapat potongan harga istimewa bersempena dengam Poco Carinal. Berikut adalah senarai harga semua model Pcoo yang ada potongan harga.

ProdukHarga BiasaHarga Poco CarnivalJumlah diskaun
POCO F6 Pro (12GB+256GB)RM2,299RM2,059RM240
POCO F6 Pro (12GB+512GB)RM2,499RM2,159RM340
POCO F6 Pro (16GB+1TB)RM2,899RM2,599RM300
POCO F6 (8GB+256GB)RM1,799RM1,599RM200
POCO F6 (12GB+512GB)RM1,999RM1,699RM300
POCO X6 Pro 5G (8GB+256GB)RM1,499RM1,299RM200
POCO X6 Pro 5G (12GB+512GB)RM1,699RM1,459RM240
POCO X6 5G (8GB+256GB)RM1,199RM1,039RM160
POCO X6 5G (12GB+256GB)RM1,299RM1,109RM190
POCO X6 5G (12GB+512GB)RM1,499RM1,269RM230
POCO M6 Pro (8GB+256GB)RM999RM769RM230
POCO M6 Pro (12GB+512GB)RM1,199RM969RM230
POCO M6 (6GB+128GB)RM699RM539RM160
POCO M6 (8GB+256GB)RM799RM599RM200
POCO C65 (6GB+128GB)RM499RM429RM70
POCO C65 (8GB+256GB)RM599RM529RM70
Tags: PocoPoco C65poco f6Poco F6 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jualan gila POCO F6 Pro, turun harga sehingga RM340

Jualan gila POCO F6 Pro, turun harga sehingga RM340

20 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER