• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lingkaran MRT 3: Ini cara anda boleh bantu MRT Corp rancang sistem tren paling optimum

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:48 pm
  • 03/09/2024
  • Komen
Lingkaran MRT 3: Ini cara anda boleh bantu MRT Corp rancang sistem tren paling optimum
Share on FacebookShare on Twitter

Projek Laluan Lingkaran MRT 3 atau dikenali sebagai MRT 3 Circle Line bakal dibangunkan tidak lama lagi. Ia akan menghubungkan hampir semua laluan rangkaian pengangkutan awam sedia ada di sekitar Lembah Klang, kecuali LRT 3. Menjelang permulaan projek tersebut, MRT Corp telah menjalankan proses tinjauan awam membolehkan orang ramai untuk memberi maklum balas tentang projek tersebut.

Orang awam boleh menyemak dan memberikan maklum balas selama tiga bulan, bermula 2 September sehingga 2 Disember 2024. Melalui tinjauan itu, anda boleh berkongsikan pendapat mengenai cadangan jajaran, pelan konteks dan tapak, serta butiran projek.



Oleh itu, ini adalah perkara yang anda perlu tahu tentang Laluan Lingkaran MRT 3 dan bagaimana untuk melibatkan diri dalam pemberian maklum balas.

Apa itu MRT 3 Laluan Lingkaran?

Laluan Lingkaran MRT 3 direka dalam satu bulatan penuh yang meliputi jarak sepanjang 51km. Ia melingkari di kesemua laluan MRT, LRT, KTM dan monorel sekitar Lembah Klang, kecuali laluan LRT 3. MRT 3 ini juga akan membenarkan orang ramai untuk bergerak dengan lebih efisien tanpa perlu pergi ke bandaraya Kuala Lumpur untuk bertukar stesen.



Untuk bergerak dalam satu pusingan penuh laluan MRT 3, ia mengambil masa 73 minit dan dijangka mampu menggerakkan 25,000 penumpang sejam sehala. Setiap tren juga dikatakan boleh mengangkut sehingga 750 penumpang. MRT Corp ada memberikan gambaran dan ukuran tren, dengan dua tren di hadapan dan belakang ada ukuran panjang 22.58m, manakala tren ditengah pula sepanjang 22.2m.

Di samping itu, laluan MRT baharu ini juga terdiri daripada 12km laluan bawah tanah dan 39 laluan bertingkat. Sebanyak 32 stesen telah dirancang, termasuk 22 stesen bertingkat dan 7 stesen bawah tanah, manakala 3 lagi masih dalam pemerhatian.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, fasiliti untuk Park and Ride disediakan di 11 buah stesen. Berikut adalah perancangan lokasi stesen Laluan Lingkaran MRT 3.

  • Bukit Kiara South (Pertukaran ke stesen baru di Laluan Kajang)
  • Bukit Kiara (Sementara)
  • Sri Hartamas
  • Mont Kiara
  • Bukit Segambut
  • Taman Sri Sinar
  • Dutamas
  • Jalan Kuching (Pertukaran ke Laluan Pelabuhan Klang)
  • Titiwangsa (Pertukaran ke Laluan Ampang & Sri Petaling, KL Monorail dan Putrajaya)
  • Kampung Puah
  • Jalan Langkawi
  • Danau Kota
  • Setapak
  • Rejang
  • Setiawanga (Pertukaran ke Laluan Kelana Jaya)
  • AU2
  • Taman Hillview
  • Tasik Ampang
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah (Pertukaran ke Laluan Ampang)
  • Taman Kencana
  • Taman Cheras
  • Taman Midah (Pertukaran ke Laluan Kajang)
  • Jalan Yaacob Latif
  • Sri Permaisuri
  • Salak Selatan (Pertukaran ke Laluan Sri Petaling)
  • Salak Jaya (Sementara)
  • Kuchai (Pertukaran ke Laluan Putrajaya)
  • Jalan Klang Lama
  • Pantai Dalam (Pertukaran ke Laluan Pelabuhan Klang)
  • Pantai Permai
  • Universiti (Pertukaran ke Laluan Kelana Jaya)
  • UM

Anda boleh lihat pelan jajaran dan stesen MRT 3 dengan terperinci

Selain itu, orang ramai juga boleh melihat pelan jajaran MRT 3 terbaru ini secara terperinci melalui saluran secara luar talian mahupun dalam talian. Untuk luar talian, MRT Corp telah mewujudkan kiosk dan trak maklumat bergerak di sekitar Lembah Klang untuk sebarkan maklumat. Anda boleh dapatkan lokasi kiosk tersebut di sini.

Untuk lihatnya secara dalam talian, ia boleh dilakukan melaui laman web rasmi Laluan Lingkaran MRT 3 dan anda juga boleh muat turun salinan digital Railway Scheme (Pelan dan Profil) dan rancangan untuk stesen dan depoh.

Lebih menarik, MRT Corp turut menyediakan laman web khas untuk memberi gambaran lebih jelas bagaimana projek MRT 3 akan kelihatan dan beroperasi di atas landskap semasa.

Bila Laluan MRT 3 dijangka siap?

Mengikut garis masa terkini projek, kelulusan Laluan Lingkaran MRT 3 akan dimuktamadkan pada suku ke-4 2024. Kerja-kerja pembinaan pula akan dimulakan dalam tahun 2026 dan keseluruhan pembinaan dijangka akan siap dalam masa lapan tahun lagi, pada tahun 2032.

Projek MRT 3 sebelum ini telah dihentikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018, dan kemudiannya diteruskan semula di bawah pentadbiran Ismail Sabri pada Mac 2022. Sewaktu itu, projek ini dikatakan menelan kos sebanyak RM31 bilion tidak termasuk kos pengambilalihan tanah, yang dijangka memakan kos sekitar RM8.4 bilion.

Untuk perkembangan terbaru ini, projek MRT 3 kini dijangka memerlukan kos sekitar RM45 bilion untuk dibina, iaitu lebih rendah berbanding bajet asal RM68 bilion yang diumumkan pada tahun 2018.

Kongsikan maklum balas anda mengenai projek MRT 3

Dalam masa tiga bulan, orang ramai boleh berkongsikan pendapat mereka mengenai projek MRT 3 yang bakal dijalankan. Untuk melakukannya, anda boleh isi borang Google Form yang disediakan pihak MRT Corp dengan menyatakan nama penuh, nombor IC, alamat berserta dengan sebab anda sokong atau bantah cadangan projek ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Program Pemeriksaan Laluan Lingkaran MRT 3.

Bacaan berkaitan

  • MRT 3: Ini senarai semua stesen baru dan pertukaran laluan rel transit di Lembah Klang
  • Pas RapidKL My50 dan MyCity dah boleh beli dalam talian, tapi tak boleh terus guna?
  • MRT Putrajaya dah beroperasi sepenuhnya! Semak dulu semua perkara ini sebelum anda menaikinya
Tags: Laluan Lingkaran MRT 3Lingkaran MRT 3MRTMRT 3MRT Corpmrt3Rapid KL
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Lingkaran MRT 3: Ini cara anda boleh bantu MRT Corp rancang sistem tren paling optimum

Lingkaran MRT 3: Ini cara anda boleh bantu MRT Corp rancang sistem tren paling optimum

3 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER