• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amazfit T-Rex 3: Skrin lebih besar 1.5-inci dan kini dilengkapi pembantu suara AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:52 pm
  • 09/09/2024
  • Komen
Amazfit T-Rex 3: Skrin lebih besar 1.5-inci dan kini dilengkapi pembantu suara AI
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit telah memperkenalkan jam kecergasan terbaru mereka, Amazfit T-Rex 3. Ia merupakan sekuel kepada T-Rex 2 yang dilancarkan pada pertengahan 2022 dan diberikan beberapa penambahbaikan. Ia membawakan naik taraf skrin lebih besar, hayat bateri lebih panjang, sokongan peta luar talian serta ditambah dengan beberapa ciri AI.

Harga dan ketersediaan Amazfit T-Rex 3 di Malaysia

Untuk anda yang berminat, Amazfit T-Rex 3 telah mula dijual di Malaysia sekarang dan ia tersedia dalam satu saiz dan warna. Ia jauh lebih mahal berbanding generasi sebelumnya T-Rex 2 yang berharga RM799, tetapi berdasarkan tinjauan di Lazada dan Shopee, harga di kedua-dua platform menunjukkan harga yang berbeza.



Di Shopee, ia disenaraikan pada harga RM1,099, manakala di Lazada pula lebih mahal pada harga RM1,399. Perlu untuk dinyatakan juga, setakat artikel ini ditulis, kedua-dua platform turut menyatakan yang ianya kehabisan stok buat masa ini.

Spesifikasi Amazfit T-Rex 3

Amazfit T-Rex 3 terbaru ini masih mengekalkan estetik yang sama dengan generasi sebelumnya, tetapi dengan badan berbentuk oktagon dan tidak lagi bulat. Ia menggunakan skrin AMOLED lebih besar bersaiz 1.5-inci dengan resolusi 480 x 480 dan ada kecerahan puncak mencecah 2,000, iaitu dua kali ganda berbanding 1,000 nits di T-Rex 2.



Selain itu, skrinnya juga ada mod malam membolehkan data di jam dipaparkan berwarna merah, hijau atau oren untuk mudahkan pembacaan dalam persekitaran malap. Terdapat juga Glove Mode yang membolehkan skrin kekal responsif walaupun anda menyentuh skrin dengan menggunakan sarung tangan tebal sehingga 2mm.

Sebagai jam dalam siri T-Rex, jam T-Rex 3 terbaru ini juga ada binaan tahan lasak dengan bezel diperbuat daripada keluli tahan karat 316L. Dengannya, jam ini, dikatakan mampu untuk tahan haba sehingga 70 darjah atau sejuk -30 darjah, serta boleh dibawa selam sedalam 100 meter. Dalam penggunaan biasa, jam ini ada jangka hayat mencecah 27 hari, malah lebih panjang berbanding T-Rex Ultra yang didakwa ada masa penggunaan sehingga 20 hari.

Sementara T-Rex 3 masih menggunakan teknologi GPS dual band-GNSS, ia kini menyokong penggunaan peta secara luar talian. Untuk kecergasan, jam ini memiliki lebih daripada 170 mod sukan menggunakan sensor-sensor yang ia ada termasuk akselerometer, geomagnetik, ambient, baromatik, giroskop dan sensor suhu, selain BioTracker PPG untuk mengukur tahap oksigen dalam darah.

Terdapat juga Zepp Coach, iaitu ciri yang menyediakan pelan latihan menggunakan AI. Lagi perkara tentang AI, jam ini turut dilengkapi dengan Zepp Flow yang secara asasnya adalah pembantu AI dikuasakan GPT-4o. Dengannya, anda boleh kawal jam menggunakan suara, serta boleh juga membalas teks dengan hanya memberikan arahan suara.

Pembayaran wayarles menggunakan NFC melalui Zepp Pay juga disokong pada jam ini dan ia didatangkan dengan lebih 400 muka jam di aplikasi Zepp.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Amazfit T-Rex 3.

Bacaan berkaitan

  • Zepp OS 3.5 berkuasa OpenAI boleh dinikmati Amazfit Balance di Malaysia
  • Amazfit Active Edge dilancar dalam badan tahan lasak pada harga mampu milik
  • Amazfit Balance, pertama dengan ZeppOS 3.0 dengan tanda harga RM1,099
Tags: amazfitAmazfit T-Rex 3Chatgpt
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Amazfit T-Rex 3: Skrin lebih besar 1.5-inci dan kini dilengkapi pembantu suara AI

Amazfit T-Rex 3: Skrin lebih besar 1.5-inci dan kini dilengkapi pembantu suara AI

9 September 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER