• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 16 Pro & Pro Max: Selain cip A18 Pro, ini lain-lain naik taraf yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:38 am
  • 10/09/2024
  • Komen
iPhone 16 Pro & Pro Max: Selain cip A18 Pro, ini lain-lain naik taraf yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Acara It’s Glow Time menyaksikan Apple mengumumkan sejumlah produk baharu termasuklah barisan iPhone 16. Ada pelbagai naik taraf yang dibawakan pengeluar itu kepada telefon siri flagship mereka ini.

iPhone 16 Pro ada skrin lebih besar

Apple memberikan paparan lebih besar pada iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Saiz skrin telah diperbesar daripada 6.1” dan 6.7” kepada 6.3” dan 6.9”, lantas menjadikan ini adalah iPhone paling besar setakat ini. Ia juga dikatakan Apple memiliki bingkai paparan paling nipis.



Paparan itu dilapisi Ceramic Shield yang katanya 2 kali ganda lebih teguh berbanding kaca pelindung mana-mana telefon di luar sana. Casis iPhone 16 Pro kali ini memiliki kecekapan menyerak haba 20% lebih baik untuk kekalkan telefon pada suhu operasi yang optimum.

iPhone 16 Pro diperkasa Apple A18 Pro

Atas papan utama, iPhone 16 Pro diperkasa cip Apple A18 Pro terbaharu. Cip ini mengandungi 16 teras Neural Engine yang mampu bekerja pada tahap 35 TOPS. Padanya turut terkandung 6 teas GPU yang dikatkaan 20% lebih prestasi berbanding A17 Pro disamping keupayaan Ray Tracing 2 kali ganda lebih pantas.



Di bahagian CPU, sebanyak 6 teras disusun dalam kluster berprestasi tinggi (2 teras) dan kluster jimat tenaga (4 teras). Pada segi prestasi CPU, ia 15% lebih pantas dan 20% lebih cekap tenaga berbanding A17 Pro. Apple malah katakan A18 Pro ini adalah SoC terpantas dalam telefon pintar.

Butang Camera Control permudah kawalan kamera iPhone 16 Pro

Di bahagian kamera, Apple perkenalkan pula satu perkara menarik iaitu butang Camera Control. Ia berfungsi seperti butang Shutter di kamera apabila anda boleh melancarkan telefon dan lakukan perubahan tetapan pada kamera menggunakan butang tersebut yang peka sentuhan.

Ia mampu untuk kenal pasti tahap tekanan yang dikenakan padana dan gerak balas diberikan melalui gegaran haptik.

iPhone 16 Pro ada 3 buah kamera belakang. Kamera utama adalah Fusion Camera 48MP yang baharu. Kamera ini menurut Apple boleh hasilkan gambar 2x zum digital setara kualiti zum optikal.

Kemudian, iPhone 16 Pro juga diberikan kamera ultralebar 48MP dan akhir sekali kamera telefoto 12MP dengan 5x zum optikal mengguna pakai teknologi periskop. Rakaman video kali ini boleh pergi sehingga 4K 120fps untuk video slow-mo lebih berkualiti tinggi.

APP Voice Memo ditambah baik di iPhone 16 Pro

Lain-lain perkara menarik adalah aplikasi Voice Memo telah dinaik taraf apabila andab oleh tambah satu lapisan audio lain di atas suara anda. Berguna untuk ahli muzik yang ingin lapiskan minus-one ke atas vokal. Aksesori MagSafe telah ditambah baik untuk disesuaikan dengan kehadiran butang Camera Control.

iPhone 16 Pro ditawarkan pada harga bermula RM4,999. Harga jualannya lebih murah berbanding harga barisan iPhone 15 sewaktu dilancarkan. Anda boleh baca artikel terdahulu kami tentang maklumat harga jualan iPhone 16 Pro di Malaysia.

Anda boleh layari laman rasmi iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max untuk maklumat lanjut.

Tags: appleapple iphoneiphone 16iPhone 16 plusiPhone 16 proiPhone 16 pro max
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPhone 16 Pro & Pro Max: Selain cip A18 Pro, ini lain-lain naik taraf yang perlu anda tahu

iPhone 16 Pro & Pro Max: Selain cip A18 Pro, ini lain-lain naik taraf yang perlu anda tahu

10 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER