• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecas DC 180kW aktif di Pasir Pekan, terpantas dalam Kelantan setakat ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:48 pm
  • 14/09/2024
  • Komen
Pengecas DC 180kW aktif di Pasir Pekan, terpantas dalam Kelantan setakat ini
Share on FacebookShare on Twitter

Mohon perhatian pemilik EV di Kelantan dan yang ingin memandu ke sana. Sebuah pengecas DC 180kW kini telah diaktifkan oleh Gentari di Pasir Pekan dan ia lantas menjadi pengecas paling berkuasa di Kelantan setakat ini. Dengan penyertaan pengecas terbaru ini, ia menjadikan bilangan pengecas EV awam di kelantan menjadi 6 buah semuanya.

Pengecas DC 180kW di Petronas Pasir Pekan

Pengecas DC 180kW yang dipasang Gentari letaknya di Petronas Pasir Pekan, kira-kira 5 minit daripada bandar Kota Bharu. Unit pengecas itu adalah daripada jenama ABB dan dilengkapi dua nozel CCS2.



Sama seperti lokasi pengecas DC Gentari yang lain, kadar bayaran yang dikenakan adalah RM1.50/kWh. Anda boleh aktifkan sesi mengecas melalui aplikasi Gentari Go, JomCharge, Setel, dan ChargEV.

Kalau nak kadar pengecasan lebih murah pada RM0.75/kWh, anda boleh langgan ahli tahunan Gentari Go.



Kota Bharu ada lebih banyak pengecas DC berbanding Kuala Terengganu

Berbanding Kuala Terengganu yang cuma ada sebuah pengecas DC awam di Mydin Gong Badak, didapati yang Kota Bharu ada lebih banyak pengecas DC berbanding negeri jirannya itu.

Setakat ini, Gentari telah memasang pengecas DC 60kW (2 nozel CCS2) di Hotel Perdana dan Proton 3S JM Otomobil Inovatif. ChargeSini pula ada sebuah pengecas DC 60kW (2 nozel CCS2) di Mydin Kubang Kerian. TNB Elektron baru-baru ini telah memasang pengecas DC 47kW DC (2 nozel CCS2) di Aeon Mall Kota Bharu.

Buat yang memandu daripada Lembah Klang ke Kota Bharu melalui Gua Musang, Gentari ada menyediakan pengecas DC 47kW (2 nozel CCS2) di Hentian Gua Musang.

Sumber: Gentari

Tags: automotifEVGentari
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Pengecas DC 180kW aktif di Pasir Pekan, terpantas dalam Kelantan setakat ini

Pengecas DC 180kW aktif di Pasir Pekan, terpantas dalam Kelantan setakat ini

14 September 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER