Apple telah mengumumkan iPhone 16 dan iPhone 16 Pro. Kedua-dua model itu akan tersedia untuk dibeli rakyat Malaysia bermula 20 September 2024. Pemilik iPhone lama pasti ada yang berkeinginan untuk menaik taraf iPhone mereka kepada model baru iPhone 16 yang baru.
Sekiranya anda bercadang untuk naik taraf, anda boleh memilih untuk trade-in iPhone lama anda dan mendapatkan nilai tambahan menjadikan harga pembelian iPhone baharu lebih murah. Selain Apple Store dan pengedar sah Apple seperti Switch, CompAsia, syarikat yang menjual telefon terpakai juga ada menawarkan kemudahan untuk anda trade-in peranti lama anda.
Kelebihan trade-in iPhone di CompAsia
Kelebihan trade-in dengan CompAsia adalah, ia menyediakan proses yang mudah, pembayaran yang cepat serta terdapat pelbagai telefon selain iPhone yang diterima untuk ditukar beli di CompAsia. Malah, nilai yang ditawarkan bagi peranti lama juga agak berpatutan dan ekstra baucar juga boleh diperoleh pengguna.
Senarai harga trade-in iPhone di CompAsia
Senarai harga trade-in iPhone di CompAsia tidak dinyatakan di laman web mereka, tetapi boleh didapatkan melalui aplikasi CompAsia. Berdasarkan semakan, CompAsia menawarkan nilai trade-in sehingga RM4,318 untuk iPhone 15 Pro Max 1TB. Namun, nilai akhir trade-in masih bergantung kepada penilaian pihak CompAsia.
Untuk trade-in, model paling lama diterima CompAsia adalah iPhone 7. Oleh itu, berikut adalah senarai harga yang ditawarkan CompAsia bagi semua model iPhone:
- iPhone 15 Pro Max – sehingga RM4,318
- iPhone 15 Pro – sehingga RM4,068
- iPhone 15 Plus – sehingga RM3,268
- iPhone 15 – sehingga RM3,048
- iPhone 14 Pro Max – sehingga RM3,548
- iPhone 14 Pro – sehingga RM 3,098
- iPhone 14 Plus – sehingga RM 2,258
- iPhone 14 – sehingga RM2,118
- iPhone SE (generasi ke-3) – sehingga RM913
- iPhone 13 Pro Max – sehingga RM2,498
- iPhone 13 Pro – sehingga RM2,198
- iPhone 13 – sehingga RM1,658
- iPhone 13 mini – sehingga RM1,368
- iPhone 12 Pro Max – sehingga RM1,678
- iPhone 12 Pro – sehingga RM1,388
- iPhone 12 – sehingga RM988
- iPhone 12 mini – sehingga RM848
- iPhone SE (generasi ke-2) – sehingga RM453
- iPhone 11 Pro Max – sehingga RM1,168
- iPhone 11 Pro – sehingga RM1,078
- iPhone 11 – sehingga RM848
- iPhone XS Max – sehingga RM868
- iPhone XS – sehingga RM683
- iPhone XR – sehingga RM718
- iPhone X – sehingga RM523
- iPhone 8 Plus – sehingga RM468
- iPhone 8 – sehingga RM358
- iPhone 7 Plus – sehingga RM308
- iPhone 7 – sehingga RM213
Senarai harga trade-in telefon Samsung & Huawei di CompAsia
Seperti yang dikatakan tadi, CompAsia juga menerima telefon selain daripada iPhone untuk anda tukar beli. Antara model yang terlibat adalah Samsung dan Huawei, dan berikut merupakan harga trade-in siri Galaxy S24 dan siri Huawei Pura 70.
Siri Samsung Galaxy S24
- Galaxy S24 Ultra (1TB) – RM4,678
- Galaxy S24 Ultra (512GB) – RM4,033
- Galaxy S24 Ultra (256GB) – RM3,713
- Galaxy S24+ (512GB) – RM3,133
- Galaxy S24+ (256GB) – RM2,808
Siri Huawei Pura 70 Pro
- Huawei Pura 70 Pro (1TB) – RM2,293
- Huawei Pura 70 Pro (512GB) – RM2,128
- Huawei Pura 70 (1TB) – RM1,868
- Huawei Pura 70 (256GB) – RM1,868
Terdapat banyak lagi jenama-jenama telefon Android lain yang CompAsia terima untuk ditukar beli. Ini termasuk seperti Honor, Asus ROG, Google Pixel, Nothing, Oppo, OnePlus, Xiaomi, Vivo, Nokia, HTC, Realme, Sony, Poco dan ZTE, dengan pelbagai model yang diterima termasuk dalam kategori flagship, pertengahan dan permulaan.
Cara untuk trade-in iPhone di CompAsia
Jika anda mahu tukar beli iPhone anda di CompAsia, caranya mudah sahaja. Pertama sekali, anda perlu memuat turun aplikasi CompAsia di Apple App Store atau Google Play Store. Setelah melog masuk aplikasi, kemudian telefon anda perlu diperiksa menggunakan aplikasi untuk ketahui keadaan dan tentukan nilai telefon.
Untuk itu, anda perlu jalankan diagnostik dengan menekan ‘Get Quote Now’ di halaman utama aplikasi. Selepas itu, anda akan disapa dengan halaman diagnostik untuk pemeriksaan fungsi telefon, dan anda hanya kena tekan ‘Start’ untuk mulakannya. Kemudian telefon akan menjalankan ujian untuk periksa fungsi telefon seperti WiFi, GPS, mikrofon, speaker, skrin dan butang. Anda juga perlu menyatakan keadaan fizikal telefon jika terdapat calar atau retak pada skrin.
Seterusnya, aplikasi akan menyatakan jumlah nilai tukar beli iPhone anda dan anda boleh teruskan dengan pilih kaedah pembayaran sama ada melalui pindahan bank atau baucar tunai CompAsia, Yang bagusnya, jika pilih baucar CompAsia, anda akan mendapat nilai yang lebih banyak kerana diberikan baucar bernilai RM68.
Terdapat dua cara yang boleh dilakukan untuk anda menghantar peranti kepada CompAsia, iaitu sama ada tinggalkannya di kedai fizikal CompAsia atau secara penghantaran. Anda tinggalkan peranti anda di empat lokasi kedai CompAsia iaitu di One Utama, Sunway Pyramid, KL Sentral dan Pontian. Untuk pilihan penghantaran, anda perlu memberikan alamat rumah serta tetapkan waktu dan tarikh pungutan peranti.
Setelah permohonan dihantar, pihak CompAsia akan menghubungi anda dalam masa 24 jam, pada hari minggu. Pembayaran trade-in akan anda terima selepas telefon anda dipungut oleh CompAsia.
Cara untuk sediakan iPhone untuk trade-in di Compasia
Sebelum menghantar peranti, anda kena pastikan yang telefon telah di backup terlebih dahulu, kad SIM dikeluarkan dan akaun Google atau Apple ID anda dilog keluar. Namun, CompAsia menekankan bahawa jangan lakukan factory reset pada peranti sebelum kurier sampai, kerana aplikasi CompAsia diperlukan sewaktu proses pungutan.
Anda juga tidak perlu memberikan aksesori lain macam kepala pengecas, kabel dan kotak kepada pihak CompAsia. Hanya telefon sahaja yang diperlukan.
Layari laman rasmi program trade-in CompAsia untuk ketahui lebih lanjut.