• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa itu FTTR & cara ia bawa internet pantas ke rumah anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:03 am
  • 02/10/2024
  • Komen
Apa itu FTTR & cara ia bawa internet pantas ke rumah anda
Share on FacebookShare on Twitter

FTTR adalah teknologi yang mempunyai objektif untuk menyediakan capaian broadband pantas terus ke setiap pelosok kawasan sama di rumah ataupun pejabat menggunakan fiber optik berbanding menggunakan solusi Wi-Fi. Isu dengan sambungan Internet menggunakan Wi-Fi adalah isyarat radio yang melemah apabila gajet (telefon, komputer, tablet, TV pintar) menjauhi router.

Cara FTTR beri sambungan Internet pantas

Solusi konvensional adalah dengan memasang router Wi-Fi di titik akhir fiber optik dan sekiranya perlu diperluas cakupan Internet, gajet seperti Wi-Fi Extender digunakan. Sebaliknya, FTTR melibatkan kerja-kerja menarik kabel fiber optik terus ke ruang-ruang yang disasarkan untuk menyediakan titik sambungan Internet, sama ada hab LAN atuapun router Wi-Fi.



Dalam satu sistem FTTR, akan ada dua komponen iaitu, unit utama (master unit) yang bertindak sebagai gerbang sambungan Internet daripada penyedia perkhidmatan (ISP) kepada premis (rumah/pejabat). Kemudian, daripada unit utama, kabel fiber akan ditarik kepada unit sokongan (slave unit) ke ruang yang diperlukan. Lebih luas ruang yang ingin dicakupi, lebih banyak unit sokongan diperlukan.

Kelebihan FTTR berbanding mesh Wi-Fi

FTTR dan mesh Wi-Fi mempunyai objektif yang sama iaitu memperluas cakupan Internet seluruh premis (rumah/pejabat). FTTR mempunyai kelebihan pada segi:



  • Sambungan Internet secara fiber optik yang lebih pantas dan konsisten
  • Basmi titik buta terutamanya apabila gajet menjauhi router
  • Latensi yang lebih rendah kerana gunakan sambungan fizikal
  • Kabel fiber optik yang halus lebih mudah disembunyika berbanding kabel kuprum RF45

CelcomDigi bagi FTTR percuma untuk langganan jalur lebar 1Gbps

CelcomDigi kini memberikan FTTR percuma kepada langganan pelan 1Gbps. Menurut mereka, ini adalah ISP pertama di Malaysia yang tawarkan FFTR percuma kepada pelanggan pelan 1Gbps. Solusi FTTR ini dikatakan CelcomDigi sebagai future-proof kerana boleh menyokong jalur sehingga 10Gbps.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang perlu anda tahu adalah FTTR percuma ini hanya layak untuk pelanggan CelcomDigi sedia ada yang melanggan pascabayar CelcomDigi Postpaid 60 dan ke atas. Dengan FTTR percuma ini, pelanggan hanya perlu bayar komitmen bulanan RM239/bulan untuk akses kepada pelan 1Gbps.

Untuk pelanggan yang tidak layak, pelan 1Gbps dengan 1 unit FTTR boleh didapatkan pada harga RM1,920. Terdapat juga soluai 1+2 dan 1+3 yang sesuai untuk ruang lebih besar dan ia masing-masing ditawarkan pada harga RM2,448 dan RM3,144.

Anda boleh layari laman rasmi FTTR CelcomDigi untuk maklumat lanjut.

Bacaan lanjut

CelcomDigi naik taraf Prepaid 5G 39, kini lebih pantas dan lebih kuota

CelcomDigi hantar kertas cadangan rangkaian 5G kedua kepada SKMM

Ini senarai terlengkap prabayar unlimited Internet 5G Malaysia berserta FUP disebaliknya

Tags: BroadbandCelcomDigifttrJalur lebar
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Apa itu FTTR & cara ia bawa internet pantas ke rumah anda

Apa itu FTTR & cara ia bawa internet pantas ke rumah anda

2 October 2024
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER