• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Hot 50 dilancar, telefon 5G termurah dan skrin pantas 120Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:44 pm
  • 07/10/2024
  • Komen
Infinix Hot 50 dilancar, telefon 5G termurah dan skrin pantas 120Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan Hot 50i, kini Infinix telah mengumumkan sebuah lagi telefon pintar dalam siri tersebut, iaitu Hot 50. Berada dalam siri Hot, Hot 50 adalah telefon berkelas permulaan tetapi hadir dengan penggunaan cip MediaTek Dimensity cukup berkuasa, skrin pantas 120Hz dan sokong rangkaian 5G.

Harga dan ketersediaan Infinix Hot 50 5G di Malaysia

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Hot 50 bermula hari ini, 7 Oktober 2024. Hanya ada satu varian yang ditawarkan untuk Hot 50 dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Infinix Hot 50 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM599

Namun, bermula 7 Oktober hingga 15 Oktober 2024, ia akan tersedia secara eksklusif di Shopee untuk promosi pembelian awalnya. Pembeli dalam tempoh ini akan disertakan dengan hadiah percuma berupa fon putik XBuds 3 WE bernilai RM99.

Selepas 15 Oktober 2024, anda boleh dapatkannya di semua pengedar sah Infinix di seluruh negara, serta stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok.



Spesifikasi Infinix Hot 50

Berdasarkan hieriarki, Hot 50 merupakan model lebih atas berbanding Hot 50i dan spesifikasinya juga jauh lebih baik. Tetapi, Hot 50 dilihat masih menerapkan rekaan modul kamera berkotak yang sama dengan Hot 50i.

Di hadapan, Hot 50 didatangkan dengan panel paparan LCD bersaiz 6.7-inci beresolusi HD 720p serta kadar penyegaran 120Hz. Skrinnya juga menyokong kecerahan puncak 480nits dan ada kadar pensampelan sentuh setinggi 240Hz. Dimensi badan telefon juga nipis berukuran 7.88mm dan ada berat 188g.

Atas papan utama, telefon ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 5G 6nm yang dipadankan dengan RAM LPDDR4 12GB dan storan UFS 256GB. Sekiranya storan tidak mencukupi, ia boleh diperluas lagi 1TB menggunakan kad mikro-SD. Prestasi telefon ini juga didakwa Infinix mampu untuk kekal responsif sehingga 5 tahun kerana memenuhi piawaian TUV SUD 60-Month Fluency Certification.

Untuk bahagian kamera, walaupun kelihatan seperti ada tiga kamera, hanya satu sahaja yang boleh guna untuk menangkap gambar. Ia adalah kamera utama 48MP memanfaatkan sensor Sony IMX 582 dan satu lagi adalah kamera depth 2MP. Selfie pula boleh ditangkap menerusi kamera depan 8MP.

Komponen telefon ini dihidupkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan dikatakan dapat beri masa penggunaan sehingga 9.8 jam untuk penstriman TikTok. Untuk mengecas, telefon ini menyokong pengecasan 18W dan Infinix mengatakan tahap kesihatan baterinya boleh kekal lebih daripada 80% walaupun selepas empat tahun penggunaan.

Sejurus keluar kotak, Hot 50 akan menjalankan sistem operasi XOS 14.5 berasaskan Android 14. Ia turut didatangkan dengan sejumlah ciri AI untuk bantu pengguna menulis, merumuskan teks dan menjawab pertanyaan menerusi ciri Ask AI. Selain dilengkapi pembantu AI Folax, telefon ini turut memiliki fungsi AI Creation membenarkan anda menghasilkan wallpaper kartun dengan hanya satu tap.

Selain itu, Hot 50 ini turut menyokong sambungan Bluetooth 5.4, NFC, serta ada jek audio 3.5mm, speaker stereo, kalis percikan air dan debu IP54 dan pengimbas cap jari di butang kuasa. Ia tersedia dalam empat pilihan warna iaitu hitam, hijau, biru dan ungu.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan melalui laman produk Infinix Hot 50.

Bacaan berkaitan

  • Infinix Hot 50i, banyak naik taraf pada harga lebih murah bermula RM399
  • Infinix Hot 40 Pro dan Hot 40i dilancar, harga lebih mahal dengan storan besar
  • Infinix Smart 9 kini rasmi di Malaysia, telefon termurah ada skrin 120Hz dan speaker stereo
Tags: hot 50InfinixInfinix Hot 50iInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Hot 50 dilancar, telefon 5G termurah dan skrin pantas 120Hz

Infinix Hot 50 dilancar, telefon 5G termurah dan skrin pantas 120Hz

7 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER