• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas Roaming CelcomDigi naik harga, 30 hari kini RM119

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:49 pm
  • 14/10/2024
  • Komen
Prabayar dan pascabayar CelcomDigi tidak dikenakan caj akses 5G
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi dikesan lakukan perubahan pada pas perayauan mereka. Buat pelanggan CelcomDigi yang akan keluar negara dalam masa terdekat, berikut adalah penawaran pas perayauan “tanpa had” yang sedang ditawarkan CelcomDigi untuk pengguna prabayar dan pascabayar:

  • 3-Day Unlimited Pass – RM28
  • 7-Day Unlimited Pass – RM48
  • 14-Day Unlimited Pass – RM98
  • 30-Day Unlimited Pass – RM119

Pelan 30 hari kini lebih mahal

Pelan 30 hari multinegara yang dulunya ditawarkan pada harga RM98 kini telah menjadi RM118. Ia boleh digunakan di 76 negara yang disenaraikan dalam laman rasmi. Selain harga menokok, kuota harian berkelajuan tinggi juga naik daripada 2GB kepada 3GB dan panggilan suara berjumlah 15 minit turut disertakan.



Seperti biasa, kuota berkelajuan tinggi itu ada FUP-nya yang tersendiri. Sekiranya penggunaan melangkaui kuota, kelajuan akan turun kepada 1Mbps. Namun begitu, perli diingatkan yang kelajuan 1Mbps itu hanya terpakai untuk pelanggan pascabayar sahaja sebaliknya untuk pelanggan prabayar, kelajuan diturunkan kepada 512kbps.

Pelan RM98 sebelum ini yang asalnya ada tempoh sah 30 hari kini menjadi 14 hari sahaja dengan manfaat seperti kuota dan panggilan suara yang sama.



Dulu mereka tawarkan pas dengan tempoh sah 30 hari pada harga RM98 tapi kini pas 30 hari telah berharga RM118 dan kuota kelajuan tinggi naik daripada 2GB kepada 3GB.

Sekiranya kuota tersebut tidak mencukupi, pas add-on boleh anda dapatkan pada harga RM10 untuk kuota 5G. Tempoh sah untuk pas tersebut adalah 24 jam.

Tempoh sah pas Roaming tak sama antara Celcom dan Digi

Walaupun telah bergabung, pelanggan Celcom dan Digi perlu peka dengan tempoh sah pas perayauan telco masing-masing. Temoh sah pas perayauan Celcom dikira bermula waktu pas diaktifkan sementara tempoh sah pas perayauan Digi adalah berdasarkan hari.

Anda boleh pergi ke laman rasmi perayauan CelcomDigi untuk maklumat lanjut.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Prabayar dan pascabayar CelcomDigi tidak dikenakan caj akses 5G

Pas Roaming CelcomDigi naik harga, 30 hari kini RM119

14 October 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN