• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor dedah tarikh pelancaran siri Magic 7 dan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:29 am
  • 15/10/2024
  • Komen
Honor dedah tarikh pelancaran siri Magic 7 dan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah mengesahkan bukan satu, tetapi dua acara pelancaran yang akan mereka adakan di China hujung Oktober ini. Salah satu daripadanya adalah pelancaran sistem operasi terbaharu Magic OS 9.0 berasaskan Android 15 yang akan diadakan pada Oktober 23 dan diikuti dengan pelancaran telefon pintar flagship terbaru siri Honor Magic 7 pada Oktober 30.

Perkara ini didedahkan oleh Honor menerusi satu hantaran di Weibo. Melalui poster yang disertakan, acara pelancaran ini akan membawakan tema “Witness the magic of AI”, menunjukkan Honor masih memberikan fokus pada keupayaan AI di sistem operasi dan flagship terbaru mereka.



Oleh itu, anda boleh jangkakan MagicOS 9.0 akan tampil dengan pelbagai fungsi AI, tentunya lebih banyak berbanding MagicOS 8.0 yang dilancar awal tahun ini di siri Honor Magic 6.

Antara fungsi AI baharu yang akan tiba di MagicOS 9.0 adalah AI Agent, iaitu pembantu peribadi sentiasa hidup yang ditujukan untuk bersaing dengan Apple Intelligence dan Google Gemini. AI Agent pertama kali didedahkan sewaktu acara IFA 2024, dengan terdapat demo yang ditunjuk menggunakan telefon Magic 7 Pro.



Untuk makluman anda, AI Agent juga telah tersedia di laptop Honor MagicBook Art 14 berasaskan platform Snapdragon X Elite yang juga diperkenalkan di IFA 2024.

Buat masa ini, selain daripada akan menggunakan MagicOS 9.0, maklumat rasmi berkenaan spesifikasi Honor Magic 7 masih lagi tandus. Tetapi berdasarkan apa yang dikatakan dalam talian, ia akan diperkasa cip baharu Snapdragon 8 Gen 4 atau mungkin dikenali sebagai Snapdragon Elite.

Jika anda nak tahu lebih lanjut, nantikan pelancaran Honor Magic 7 yang akan berlangsung dalam beberapa minggu lagi.

[Sumber: GSMArena]

Bacaan berkaitan

  • HONOR Magic6 Pro ada ciri-ciri flagship terbaik 2024
  • Magic 6 Pro boleh didapatkan pengguna Malaysia pada tanda harga RM4,499
  • Bateri berteknologi baru Honor Magic 6 Pro lulus ujian ekstrem di angkasa lepas
Tags: honorHonor Magic 6Honor Magic 7Honor MagicOS 9.0honor malaysiaMagicOS 9.0
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor dedah tarikh pelancaran siri Magic 7 dan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15

Honor dedah tarikh pelancaran siri Magic 7 dan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15

15 October 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN