• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

VEP buat pemandu Singapura sangkut di Malaysia sebab saman PDRM?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:21 am
  • 23/10/2024
  • Komen
VEP buat pemandu Singapura sangkut di Malaysia sebab saman PDRM?
Share on FacebookShare on Twitter

Satu laman komuniti di Facebook daripada Singapura mencetuskan perbincangan hangat tentang pelaksanaan Vehicle Entry Permit Malaysia. Ia selepas satu gambar yang menunjukkan satu paparan LED menunjukkan message “You Have 1 PDRM Summon(S)” yang menunjukkan kenderaan yang ingin keluar daripada Malaysia ke, dipercayai Singapura, memiliki saman tertunggak.

Tidaklah diketahui sama ada kenderaan itu dibenarkan keluar tanpa melunaskan saman tersebut. Kerana bermula 1 Oktober 2024, Menteri Pengangkutan IB Anthony Loke mengumumkan penuatkuasaan sepenuhnya VEP di pintu masuk selatan Semenanjung Malaysia dan JPJ mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak daripada meninggalkan negara.



Rakyat Singapura didapati mempunyai saman tertunggak berjumlah kira-kira RM3.5 juta daripada kirakira 35 ribu saman yang dikeluarkan ke atas kenderaan republik itu yang melakukan pelbagai kesalahan sewaktu berada di Malaysia.

Penguatkuasaan VEP sepenuhnya bermula 1 Oktober 2024

VEP untuk kenderaan asing yang masuki Semenanjung Malaysia dari Singapura telahpun dimumkan pelaksanaan menyeluruhnya oleh Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke. Sistem itu mempunyai objektif untuk mengawal selia kemasukan kenderaan asing ke dalam negara dan dalam masa yang sama memastikan mereka mematuhi undang-undang Malaysia, seperti apa yang perlu dilakukan kenderaan Malaysia apabila berada dalam Singapura.



Sebenarnya, penguatkuasaan menyeluruh VEP telah ditunda beberapa kali. Dalam bulan Disember 2017 dulu, Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan yang mereka dalam usaha untuk menyelaraskan sistem VEP di kedua-dua sempandan Singapura dan Thailand. Sebelum itu, ia ditunda dalam tahun 2015 atas alasan kurangnya pendaftaran VEP serta masalah teknikal yang dihadapi.

Apakah Vehicle Entry Permit (VEP)

Permit Masuk Kenderaan adalah permit yang dikeluarkan oleh Jabatang Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan Seksyen 66H Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ia wajib ke atas semua kenderaan berpendaftaran luar yang masuki Semenanjung Malaysia dan VEP boleh dimohon secara dalam talian.

Sumber

Setelah permohonan berjaya, pemohon akan menerima seunit tag VEP-RFID unik yang hanya boleh digunakan pada kenderaan yang didaftarkan itu. Manual pendaftaran VEP-RFID juga disediakan JPJ untuk kemudahan. Walaupun proses pendaftaran dilakukan secara dalam talian, pengguna masih perlu lakukan proses fizikal iaitu penasangan VEP-RFID.

Sumber

Ia dilakukan dengan cara pergi ke pusat pungutan VEP-RFID di TCSENS VCC ataupun tag boleh juga dihantar secara mel ke alamat pemohon untuk dipasang secara kendiri.

VEP-RFID berfungsi seperti TNG-RFID iaitu pelawat perlu mendaftarkannya ke dalam TNG eWallet dan tag tersebut juga akan digunakan untuk pembayaran Road Charge (RC). RC dikenakan sebanyak RM20 setiap kali kenderaan itu masuki Semenanjung Malaysia.

Maklumat yang perlu anda tahu tentang VEP

Tag VEP-RFID sah untuk 5 tahun. Pengguna perlu memperbaharukan VEP-RFID 6 bulan sebelum tamat tempoh. Kemudian, kenderaan yang ingin memohon perlu ada cukai jalan dan insurans yang sah, surat kuasa, dan Certificate of Entitlement (COE). Seterusnya, sekiranya kenderaan dipindah milik, pemilik lama perlu lakukan pendafataran keluar kenderaan miliknya. Akhir sekali, kenderaan asing yang ingin berada di dalam Semenanjung Malaysia melebihi 3 bulan perlu memaklumkan JPJ dan Kastam untuk pelanjutan

Pelaksanaan VEP dibelengu kontroversi

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah menyatakan kebimbangan ke atas sistem Road Charge (RC) dan VEP berjumlah RM149.45 juta kepada TC Sens Sdn. Bhd. secara rundingan terus antara tahun 2016 dan 2018.

Ia terbahagi kepada dua kontrak iaitu kontrak CAPEX bernilai RM45.15 ditandatangani dalam tahun 216 dan kontrak OPEX bernilai RM104.30 juta yang ditandatangani dalam tahun 2018. PAC mendapati yang tiada keperluan untuk menganugerahkan dua projek itu secara rundingan terus disamping pembayaran dibuat walaupun Final Acceptance Test (FAT) masih belum diluluskan.

Dalam tahun 2019, PAC telah memanggil bekas wakil rakyat Tanjung Piai YB Datuk Seri Wee Jeck Seng kerana dia adalah salah seorang pemegang saham dalam TC Sens Dhn. Bhd.

Singapura telah laksanakan polisi VEP sejak 1973

Buat pengetahuan anda, Singapura telahpun mengamalkan polisi VEP sejak tahun 1973, seperti yang disahkan sendiri Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Loy Hui Chien. Walau bagamanapun, pada ketika itu, objektifnya adalah untuk mengimbangi kos pemilikan kenderaan luar yang digunakan di Singapura dengan kos pemilikan kenderaan tempatan yang digunakan di Singapura.

Kenyataan bertarikh 21 Januari 2017, itu dikeluarkan untuk memperjelas beberapa kekeliruan yang timbul selepas pengumuman kerajaan Singapura tentang pelaksanaan Reciprocal Road Charge (RRC) sebanyak SGD6.70 bermula 15 Februari 2017. Terdapat media Malaysia yang mengatakan yang ia adalah timbal balik selepas tingakan kerajaan Malaysia mengenakan Road Charge (RC) sebanyak RM20 bermula 1 Ogos 2015.

Perlu diignatkan yang VEP dan RC/RRC adalah dua perkara berbeza. VEP adalah permit yang diperlukan untuk masuki kedua-dua negara semenatar RC/RRC adalah bayaran untuk masuk.

Maklumat lanjut VEP Singapura
Maklumat lanjut VEP Malaysia

Tags: vepvep Malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

VEP buat pemandu Singapura sangkut di Malaysia sebab saman PDRM?

VEP buat pemandu Singapura sangkut di Malaysia sebab saman PDRM?

23 October 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER