• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fahmi Fadzil: 5 telco utama akan sertai DNB, perjanjian pegangan saham akan dimuktamadkan

  • OLEH Najib
  • 3:22 pm
  • 22/07/2023
  • Komen
Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan bahawa Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia, telah berjaya mencapai persetujuan berkaitan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) dan perjanjian akses 5G bersama DNB. Malah, lima syarikat telekomunikasi (telco) utama akan menyertai DNB.

Dalam kenyataan tersebut, lima telco tersebut iaitu CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications dalam usaha memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB. Di samping itu, lima telco ini akan menyokong pembangunan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023, sebelum beralih kepada model dwi-rangkaian seawal Januari 2024.



Sumber

Tambah Fahmi, setakat 30 Jun 2023, DNB telah membangunkan infrastruktur rangkaian 5G meliputi 64.7% liputan di kawasan berpenduduk dan berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu 80% menjelang penghujung tahun 2023.

Fahmi juga menyatakan, pelanggan Maxis akan mula menikmati perkhidmatan 5G, setelah Maxis mendapat kelulusan pemegang saham untuk menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB, pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bulan depan.



Siapa yang akan bina rangkaian 5G kedua di Malaysia?

Jika 5 telco utama telah bersetuju mengambil alih pegangan di dalam DNB, bermakna mereka akan bersetuju dengan perjanjian akses 5G selama 10-tahun bersama DNB. Siapa pula yang akan menjadi pembangun rangkaian 5G kedua jika 5 telco utama telah terikat bersama DNB? Adakah kerajaan sedang merancang untuk memperkenal entiti baru untuk rangkaian 5G kedua, termasuk syarikat dari luar negara?

Buat masa ini, DNB masih lagi memonopoli 5G kerana kerajaan masih belum menarik balik arahan menteri Saifuddin Abdullah sebelum ini, yang menganugerahkan spektrum 700MHz dan 3,500MHz secara eksklusif kepada DNB. Malah, SKMM juga masih tidak mengembalikan semula teknologi terbuka untuk spektrum yang menghalang telco dari menawarkan lebih dari 4G untuk penggunaan spektrum sedia ada. Menurut SKMM, kedua-duanya boleh ditarik balik dengan segera selepas Malaysia mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk.

Adakah Malaysia perlu menunggu sehingga 80% liputan sebelum melancarkan rangkaian 5G kedua, dan apa pula yang akan terjadi jika ia tidak dapat dicapai pada akhir tahun ini? Perkara ini masih tidak dijelaskan oleh menteri dan SKMM.

Tags: CelcomDigiFahmi FadzilmaxisTelekom Malaysiau mobileyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat

Fahmi Fadzil: 5 telco utama akan sertai DNB, perjanjian pegangan saham akan dimuktamadkan

22 July 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER