• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9c akan tiba di Malaysia, telefon tahan lasak tahan jatuh setinggi 65m

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:54 pm
  • 25/10/2024
  • Komen
Honor X9c akan tiba di Malaysia, telefon tahan lasak tahan jatuh setinggi 65m
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda masih ingat, Honor ada memperkenalkan Honor X9b, telefon dengan rekaan tahan lasak pada November tahun lepas. Kini, Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa model terbaru, iaitu Honor X9c akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi dan mendedahkan butiran mengenai program ‘Triple Assurance’ pertama dalam industri yang akan diterima pengguna.

Program ‘Triple Assurance’ Honor

Program tersebut bertujuan untuk memberikan perlindungan menyeluruh untuk telefon pintar yang akan mereka lancarkan, di samping membuktikan ketahanan yang ia ada. Dalam program ini, Honor X9c akan didatangkan dengan jaminan penggantian skrin dan panel belakang selama 365 hari. Kalau terdapat masalah pada telefon, Honor juga menyediakan penggantian telefon 1-ke-1 selama 180 hari.



Ini bermakna anda akan menerima telefon baharu berbanding telefon rosak tersebut diperbaiki, tetapi tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan dan hanya sah untuk pembelian dibuat sehingga 15 Disember 2024. Yang terakhir adalah jaminan bateri, dengan Honor akan menggantikannya sekiranya kesihatan bateri merosot mendadak dalam tempoh 36 bulan atau 3 tahun.

Honor X9c

Honor X9c ada ketahanan lebih baik

Seperti yang kita tahu, Honor X9b sebelumnya adalah telefon sangat tahan lasak. Tetapi X9c dikatakan akan ada tahap ketahanan lebih baik, dengan Honor menggelarnya sebagai ‘King of durability’. Honor dakwa yang telefon terbaru ini akan memiliki paparan “Anti-Drop” yang direka mampu untuk tahan jatuh sehingga ketinggian 2 meter.



Malahan, demonstrasi Honor juga menunjukkan X9c tahan jatuh sehingga ketinggian 65m, dapat atasi lenyekan tayar trak dan kekal beropasi walaupun diletakkan dalam pembancuh konkrit.

Selain itu, tahap kalis air telefon terbaru ini juga katanya telah ditambah baik. Sementara Honor tidak mendedahkan tahap kalis air yang dimiliki X9c, Honor mengatakan yang ia telah diuji dan mencapai piawaian IP65M dan melepasi basuhan selama 3 minit.

Berdasarkan video teaser Honor, telefon X9c akan dilancarkan pada bulan November 2024, iaitu garis masa pelancaran yang sama dengan X9b. Walaupun tidak menyatakan secara jelas, Honor ada menguar-uarkan jemputan untuk orang ramai sertai pelancaran X9c, dengan menyatakan pelancarannya akan diadakan pada selasa, 5 November 2024. Jadi jika berminat, anda boleh daftar menggunakan pautan ini.

Butiran spesifikasi X9c juga masih tiada, tetapi anda boleh jangkakan ianya lebih baik berbanding X9b terdahulu. Menurut Honor, X9b adalah telefon kelas pertengahan bawah RM1,200 paling laris terjual untuk tahun 2024.

Spesifikasi Honor X9b

Honor X9b

Untuk rujukan anda, ia dilancarkan pada harga RM1,499 serta hadir dengan skrin AMOLED 6.78-inci 120Hz. Di dalam, ia dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1 dan tampi dengan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultralebar 5MP dan kamera makro 2MP. Komponen bateri yang dimuatkan adalah sebesar 5,800mAh yang boleh dicas pada kuasa 35W.

Bacaan berkaitan

  • Dah tahun 2024, pindahlah daripada telefon bosan anda ke HONOR Magic V3!
  • Honor Magic V3 dan siri Honor 200 kini diperkasa fungsi Circle to Search Google
  • Nak miliki telefon lipat baru Honor? Jom daftar jadi penguji beta Magic V3
Tags: honorhonor malaysiaHonor X9c
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X9c akan tiba di Malaysia, telefon tahan lasak tahan jatuh setinggi 65m

Honor X9c akan tiba di Malaysia, telefon tahan lasak tahan jatuh setinggi 65m

25 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER