• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rapid KL My50 akan ditawarkan menerusi TNG eWallet seawal 2025

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:44 am
  • 25/10/2024
  • Komen
Pas tanpa had RapidKL My30 diganti dengan My50 mulai 1 Januari 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke telah mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk mengintegrasikan pas Rapid KL My50 ke dalam aplikasi TNG eWallet. Hal ini bagi mengurangkan kesesakan di kaunter LRT untuk memperbaharukan pas tersebut. Pengintegrasian ini sedang dijalankan serta dijangka selesai tahun ini juga. Jadi, bermula tahun depan, kita bolehlah memperbaharukan pas My50 terus daripada aplikasi e-dompet itu.

240424 TNG Digital Zahif AF

Apa itu Rapid KL My50?

My50 adalah pas perjalanan 30 hari yang membolehkan penggunaan tanpa had beberapa pengangkutan awam yang dikendalikan Prasarana. Pengangkutan awam tersebut adalah Rapid KL LRT, MORT, Monorail, BRT, Rapid KL bus, dan MRT feeder bus.



Perlu dimaklumkan yang My50 juga boleh digunakan di Pulau Pinang namun My50 versi Pulau Pinang dikenali sebagai My50 Mutiara dan tidak boleh digunakan merentasi negeri, sama seperti jika My50 Rapid KL tidak boleh digunakan di Rapid Penang.

Inisiatif My50 diperkenalkan sejak tahun 2021 dan dilanjutkan tahun demi tahun. Terbaharu, ia dilanjutkan lagi, seperti pengumuman yang dibuat sewaktu pembentangan Belanjawan 2025.



Menurut YB Anthony Loke, sebanyak 220,000 pengguna My50 aktif setiap bulan memanfaatkan inisiatif ini dan ia dianggap sangat berjaya.

Rapid KL My50: Harga, lokasi beli, dan cara untuk aktifkan

Rapik KL My50 boleh dibeli pada harga RM50 dengan tempoh sah selama 30 hari mengikut hari pengaktifan. Hanya pemegang MyKad dan MyTentera sahaja yang layak untuk membeli pas My50. Syarat tambahan yang lain adalah kad tersebut mempunyai fungsi Touch ‘n Go.

231105-RapidKL-My50-MyCity-pass-online-1024x672.jpg

Buat masa ini, My50 boleh didapatkan di beberapa lokasi. Paling banyak adalah di semua pejabat khidmat pelanggan stesen LRT, MRT, Monorel, dan BRT.

Terdapat juga hab bus yang menawarkan My50 seperti:

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

Rapid KL My50 boleh dibeli online, tapi ada satu masalah besar

Rapid KL ada umumkan yang pas My50 serta MyCity boleh didapatkan menerusi portal dalam talian. Ia sudah tentu memudahkan orang ramai kerana pembelian boleh dibuat daripada rumah sebelum menggunakan pengangkutan awam. Pas tersebut boleh dibeli menerusi aplikasi MyRapid Pulse (Android, iOS, AppGallery) ataupun MyRapid shop.

Walau bagaimanapun, terdapat masalah besar berkenaan sistem pembelian itu. Walaupun semua proses dilakukan secara online. Pembeli masih perlu lakukan pengesahan di kaunter Rapid KL yang tertentu. Lantas ia merencatkan niat untuk mempermudah pembelian pas tanpa had itu.

Salah satu sebabnya adalah pas My50 dan MyCity hanya boleh dibeli oleh warganegara Malaysia dan satu-satunya cara untuk pengesahan dilakukan adalah pertemuan secara fizikal. Selagi masih belum ada mekanisme ampuh untuk pengesahan dilakukan secara dalam talian, selagi itulah pembeli perlu menghadirkan diri ke kaunter Rapid KL untuk lakukan pengesahan.

Anda boleh layari laman rasmi Rapid KL My50 untuk maklumat lanjut.

Tags: my50PrasaranaRapidKL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Pas tanpa had RapidKL My30 diganti dengan My50 mulai 1 Januari 2022

Rapid KL My50 akan ditawarkan menerusi TNG eWallet seawal 2025

25 October 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN