• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Neta V terbakar di lebuhraya PLUS insiden terpencil

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:25 pm
  • 09/11/2024
  • Komen
Harga rasmi Neta V diumum. Pengecas rumah, body kit, antara pemberian percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah Neta V dilaporkan hangus dijilat api pada 9 November 2024. Kejadian itu berlaku pada awal paig di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sementara itu, pengedar rasmi Neta V Malaysia, Intro Synergy Sdn. Bhd. telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi.

Neta V terbakar insiden terpencil

Farok Maasom, CEO Intro Synergy Sdn. Bhd. mengatakan yang pihak mereka telah mengambil maklum tentang insiden tersebut dan menzahirkan rasa lega kerana insiden tidak melibatkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa. Laporan awal mendapati yang kereta sebelum itu telah terlanggar objek asing di atas lebuhraya dan kereta terbakar sejurus kenderaan dihentikan di bahu jalan.



@utusantvofficial 9 NOV 24: Begini cara Bomba padam api kereta elektrik terbakar. Anggota membuat pemadaman menggunakan satu portable water mist, dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hose berserta foam sehingga api terpadam. 📽 milik @theredsaviors #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #evterbakar #neta ♬ original sound – UtusanTV

Buat masa ini, punca kebakaran masih belum disahkan. Pihak Intro Synergy Sdn. Bhd. sudahpun mengerahkan pasukan juruteknik mereka untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan. Maklumat selanjutnya akan dikongsikan kepada umum apabila ada.

Neta V EV paling mampu milik Malaysia

Neta V adalah EV lima tempat duduk yang dilancarkan pada harga RM98,900. EV kompak ini dipacu motor elektrik 70kW (94hp) dengan tork setinggi 150Nm yang disangkut pada gandar hadapan. Ia boleh pecut daripada pegun ke 50km/j dalam masa 3.9 saat dengan kelajuan maksimum 120km/j.



Bateri berkapasiti 38.54kWh membekalkan kuasa pada motor elektrik ini dan jarak kembara yang dimilikinya adalah 380km(NEDC). Bateri tersebut mengguna pakai teknologi ternary lithium daripada CATL.

Apabila perlu dicas, ia boleh terima arus DC pada paras 100kW ataupun AC pada paras 6.6kW. Isian 30 ke 80% bateri menerusi pengecas DC mengambil masa sepantas 30 minit.

Tags: EVnetaneta v
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Harga rasmi Neta V diumum. Pengecas rumah, body kit, antara pemberian percuma

Neta V terbakar di lebuhraya PLUS insiden terpencil

9 November 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER