• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Pahang sasar jadi negeri paling mesra EV, ini yang sedang mereka usahakan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:42 pm
  • 18/11/2024
  • Komen
Pahang sasar jadi negeri paling mesra EV, ini yang sedang mereka usahakan
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan negeri Pahang mengumumkan kerjasama dengan Volt Industries Sdn. Bhd. untuk bangunkan rangkaian stesen pengecas EV negeri tu. Objektif utama mereka adalah untuk menjadikan Pahang sebagai negeri paling besar EV di Malaysia. Bagi menjayakannya, sebanyak 50 stesen EV dirancang akan dibina di seluruh negeri dengan belanja sebanyak RM250 juta.

Jenis stesen terbahagi kepada tiga iaitu:



  • Volt Mega Station menawarkan 50 port pengecas
  • Volt Station menawarkan 12 port pengecas
  • Volt Express menawarkan 2 port pengecas

Volt Mega Station dikuasakan ladang solar

Satu majlis pecah tanah menandakan bermulanya inisiatif itu diadakan di Medan Selera Kg. Baru dekat Bentong, Pahang. Majlis tersebut dihadiri Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib selaku EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.

Antara perkara yang dikongsikan adalah Volt Mega Station akan dikuasakan ladang solar bagi memaksimumkan penggunaan tenaga boleh baharu pada setiap lapisan pembekalan. Pihak kerajaan negeri mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 3 juta setiap tahun melalui pengurangan pelepasan karbon dioksida.



Volt Station pacu pertumbuhan sosioekonomi

Tak seperti kebanyakan operator stesen pengecas yang menumpukan pada laluan utama dan lebuh raya, kerajaan Pahang ingin tumpukan pembangunan Volt Station di kawasan-kawasan pekan dan bandar.

Ia adalah satu usaha yang baik kerana peningkatan trafik ke dalam kawasan tersebut boleh mempertingkat ekonomi kawasan setempat termasuklah mewujudkan peluang pekerjaan dan lain-lain peluang perniagaan berkaitan.

Kerajaan Pahang percepat proses kelulusan pemasangan pengecas EV

Sebarang pemasangan pengecas EV turut melibatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT). Oleh yang demikian, kerajaan Pahang ingin memendekkan prosedur yang perlu dilalui operator dalam memasang pengecas EV dalam negeri itu dengan cara mewujudkan konsep “pralulus”.

Pahang ingin menjadikan negeri itu mesra operator untuk lebih ramai pemain mengalihkan fokus mereka ke dalam negeri itu. Oleh sebab itu, pihak pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan diseru untuk memperkemas SOP masing-masing dalam mencapai hasrat kerajaan negeri itu.

Volt Station pertama seawal 2025

Dalam majlis pecah tanah itu juga, dimaklumkan kepada kami bahawa Volt Station pertama akan mula dibina awal tahun 2025 dan akan mengambil masa sehingga 6 bulan. Sekiranya garis masa itu dituruti, kita mungkin boleh melihat stesen pertama Volt Station mula menawarkan servis mengecas seawal Jun 2025.

Tags: automotifpahangvolt station
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pahang sasar jadi negeri paling mesra EV, ini yang sedang mereka usahakan

Pahang sasar jadi negeri paling mesra EV, ini yang sedang mereka usahakan

18 November 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER