• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mic Mini: Solusi audio wayarles terbaik video anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:55 am
  • 27/11/2024
  • Komen
DJI Mic Mini: Solusi audio wayarles terbaik video anda
Share on FacebookShare on Twitter

DJI telah lancarkan mikrofon baru untuk sertai 2 model sedia ada. DJI Mic Mini adalah solusi mikrofon wayarles kompak dan mampu milik untuk pencipta kandungan yang taknak belanja besar. Walaupun kompak, ia dilihat masih lagi boleh bawa kualiti kandungan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Harga DJI Mic Mini di Malaysia

DJI Mic Mini boleh didapati di Malaysia pada harga seperti berikut:



  • DJI Mic Mini (2TX + 1RX) – RM699
  • DJI Mic Mini (1TX + 1 RX) – RM339
  • Mikrofon sahaja – RM199

DJI Mic Mini di Lazada
DJI Mic Mini di Shopee

DJI Mic Mini ada rekaan kompak, sekali ganda ringan

Unit mikrofon DJI Mic Mini hanya seberat 10g. Ia jauh lebih ringan berbanding DJI Mic 2 yang ada berat 28g. Jadi apabila dipakai, ia tidak akan mengganggu baju dan si pemakai mungkin tak perasan langsung yang ia sedang pakai mikrofon.



Satu lagi ciri kecil yang menarik adalah, unit mikrofon hadir dalam warna putih. Jadi bergantung pada baju apa yang dipakai hos, mikrofon boleh disembunyikan di berlatar belakangkan warna baju yang sesuai.

DJI Mic Mini ngam dengan USB-C, Lightning, dan jek 3.5mm

Satu set lengkap DJI Mic Mini datang dengan bekas penyimpan, dua unit mikrofon dan satu unit penerima isyarat. Selain itu, ia juga datang dengan penyesuai USB-C, Lightning, dan jek 3.5mm. Jadi, mikrofon ini padan dengan semua gajet.

Telefon Android dan iPhone sekarang dah guna USB-C, sementara kalau anda rakam guna kamera DSLR ataupun Mirrorless, jek audio 3.5mm boleh digunakan. Bekas penyimpan juga bertindak sebagai pengecas dan salurkan tenaga daripada punca kuasa USB daripada port yang ada di badan penyimpan.

DJI Mic Mini sebahagian daripada ekosistem OsmoAudio

Keversatilan DJI Mic Mini tak terhenti di cara sambungan fizikal. Ia juga boleh berhubung dengan produk-produyk DJI sedia ada secara wayarles tanpa perlukan unit penerima. Contohnya, ia boleh bersambung dengan Osmo Action 5 Pro, Osmo Action 4, ataupun Osmo Pocket 3. Bagusnya, DJI Mic Mini juga dijual secara standalone.

2 tahap penyaring hingar dan hayat bateri 48 jam DJI Mic Mini

DJI Mic Mini dilengkapi dengan dua tahap noise cancellation dan ia juga ada fungsi pengehad untuk elakkan audio daripada keluar daripada julat dinamik. Contohnya, kalau hos cakap terlalu kuat ataupun terlalu perlahan, ia akan perbetul gain audio untuk berada dalam julat yang munasabah.

Seunit mikrofon DJI Mic Mini katanya ada hayat bateri sehingga 48 jam lamanya.

Anda boleh layari laman rasmi DJI Mic Mini untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji micdji mic mini
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
DJI Mic Mini: Solusi audio wayarles terbaik video anda

DJI Mic Mini: Solusi audio wayarles terbaik video anda

27 November 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER