• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNG eWallet tawar servis simpanan persaraan macam KWSP

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:13 am
  • 28/11/2024
  • Komen
TNG eWallet tawar servis simpanan persaraan macam KWSP
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) kini tawarkan satu instrument pelaburan baru hasil kerjasama mereka dengan Principal Asset Management Berhad (Principal). Ciri ini dinamakan Princiap PRS (Private Retirement Schemes) ataupun dana persaraan swasta. Ia bolehkan simpanan persaraan mirip KWSP dilakukan pada caruman serendah RM100. Lagi best, kemudahan simpanan patuh syariah juga disediakan.

Apa itu PRS?

PRS adalah produk pelaburan yang ditawarkan sebagai solusi simpanan persaraan. Skim ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pengumpulan dan fasa pengagihan. Sekiranya anda menyertai PRS daripada Principal, caruman akan dilaburkan ke dalam salah satu daripada dana PRS seperti:



  • Principal Islamic RetireEasy 2060
  • Principal Islamic RetireEasy 2050
  • Principal Islamic RetireEasy 2040
  • Principal Islamic RetireEasy 2030

Angka akhir di setiap dana merujuk kepada tahun matang dana-dana itu untuk berhijrah daripada fasa pengumpulan kepada fasa pengagihan. Buat masa ini, semua dana-dana ini berada dalam fasa pengagihan dan anda boleh pilih mana-mana dana yang bersesuaian dengan tarikh matang yang diingini.

Berapa pulangan PRS?

Principal memberitahu yang sejak penubuhan dana 30 September 2024, pulangan yang telah dihimpunkan dana-dana ini berjumlah 21.52% (Islamik). Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang pelaburan di PRS tak sama dengan pelaburan di Principal Savings dan Principal Invest. Hal ini kerana PRS melibatkan Target-Date Fund. Seperti yang dikatakan tadi, dana-dana ini ada tempoh matang dan biasanya ditujukan pada pelaburan jangka panjang dan bagi mengurangkan risiko.



Jadi, kaedah pengeluaran PRS juga berbeza dan ia sedikit ketat berbanding dua lagi instrumen pelaburan Principal dan lebih mirip KWSP. Antara sebab dana PRS boleh dikeluarkan adalah seperti:

  • pencarun dah capai umur persaraan
  • pengeluaran separa subakaun B
  • pencarum meninggal dunia
  • pencarum berhijrah keluar dari Malaysia
  • pencarum cacat kekal
  • tujuan perubatan
  • tujuan perubahan

Satu berita baik buat yang berminat untuk menyertai PRS adalah, kerajaan memberikan pengecualian cukai sehingga RM3,000 untuk simpanan persaraan sehingga tahun 2023.

Cara mula simpan di Principal PRS di TNG eWallet

Di aplikasi TNG eWallet, pergi ke:

  • Tab GoFinance di bahagian bawah skrin
  • Pilih Investment, dan cari Principal
  • Di halaman Principal, cari tab Retire
  • Pilih ama ada Principal RetireEasy atau Principal Islamic RetireEasy

Anda boleh layari laman rasmi GoInvest untuk maklumat lanjut.

Tags: fintekkewanganprincipaltng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

TNG eWallet tawar servis simpanan persaraan macam KWSP

TNG eWallet tawar servis simpanan persaraan macam KWSP

28 November 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN