• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

GAC Aion ES sedan elektrik paling mampu milik di Malaysia, harga bawah RM110,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:26 am
  • 05/12/2024
  • Komen
GAC Aion ES di KLIMS 2024 Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran EV Malaysia kini diperluas dengan penyertaan sedan elektrik paling mampu milik iaitu GAC Aion ES. Ia dilancarkan oleh WTC Automotif (M) Sdn. Bhd. (WTCA) yang merupakan anak syarikat kepada Warisan TC Holdings Berhad.

GAC Aion ES di KLIMS 2024 Malaysia

Sebagai perbandingan, sedan elektrik selepas GAC Aion ES pada harga yang lebih tinggi adalah seperti GWM Ora 07 dan BYD Seal, masing-masing berharga lebih daripada RM160,000.



Harga GAC Aion ES di Malaysia

GAC Aion ES dilancarkan di Kuala Lumpur International Mobility Solutions (KLIMS) 2024 pada harga RM106,800. Setiap daripada kereta ini dilindungi jaminan 8 tahun ataupun 160,000km pada kelengkapan bateri sementara motor elektrik dan sistem elektrik lain dilindungi jaminan 8 tahun ataupun 200,000km.

GAC Aion ES di KLIMS 2024 Malaysia

Sebagai pembelian promosi awal, pembeli akan menerima seunit pengecas EV jenis wallbox 7kW untuk dipasang di kediaman.



Spesifikasi GAC Aion ES

Aion ES adalah sebuah sedan elektrik pacuan roda depan. Ia digerakkan motor 100kW (134hp) dengan tork 225Nm. Motor elektriknya sedikit kurang berkuasa berbanding Aion Y Plus yang ada output 150kW dan dijual pada harga RM119,800.

GAC Aion ES di KLIMS 2024 Malaysia

Output motor Aion ES gerakkannya pada kelajuan maksimum 150km/j dengan pecutan ke 100km/j dalam masa 12.1 saat. Tenaga diambil daripada bateri LFP berkapasiti 55.2kWh dengan jarak kembara WLTP sejauh 364km. Apabila perlu dicas, ia terima arus DC pada paras 60kW yang katanya boleh isi daripada 30% ke 80% bateri dalam masa 30 minit. AC pula boleh diterima sehingga 6.6kW dan memerlukan 11 jam untuk diisi penuh.

GAC Aion ES di KLIMS 2024 Malaysia

Bahagian dalam, anda dapat kelengkapan asas sebuah kereta. Skrin inforianya tidaklah besar pada 8” dan sokongan Apple CarPlay. Untuk pemandu, mereka terima skrin 3.5” LCD.

Anda boleh ikut saluran rasmi GAC Aion Malaysia untuk maklumat lanjut.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

GAC Aion ES di KLIMS 2024 Malaysia

GAC Aion ES sedan elektrik paling mampu milik di Malaysia, harga bawah RM110,000

5 December 2024
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN