• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sime Darby tandatangani perjanjian RM5.6b untuk pusat data Google fasa ke-2

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:12 pm
  • 05/12/2024
  • Komen
Sime Darby tandatangani perjanjian RM5.6b untuk pusat data Google fasa ke-2
Share on FacebookShare on Twitter

Sime Darby Property mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian bersama Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd, syarikat yang berkait dengan Google untuk membina fasa ke-2 pusat data Google di Elmina Business Park. Ia adalah susulan daripada pengumuman pelaburan mega Google yang dibuat pada awal Oktober lepas untuk pembangunan fasa pertamanya.

Buat pengetahuan anda, Pearl Computing Malaysia adalah anak syarikat kepada Raiden APAC Pte. Ltd., iaitu sebuah syarikat teknologi Singapura milik Google.



Di bawah perjanjian ini, fasa ke-2 kemudahan pusat data Google akan dibina oleh anak syarikat Sime Darby, iaitu SDP EBP II dan ia melibatkan pembinaan di tapak seluas 77 ekar terletak di Elmina Business Park. Projek ini dijadualkan akan siap dibina sebelum menjelang 31 Disember 2027.

Perjanjian pembinaan fasa ke-2 pusat data ini dianggarkan bernilai sehingga RM5.6 bilion untuk tempoh pajakan selama 20 tahun, dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh selama 5 tahun dua kail.



Pada awal tahun ini, Sime Darby telah mengumumkan pelan mereka untuk membangunkan fasa pertama pusat data Google. Fasa pertama pusat data tersebut disasarkan siap dibina pada suku ke-2 tahun 2026 dan dibina di atas tapak seluas 49 ekar juga Elmina Business Park. Perjanjian untuk pembinaan fasa pertama pusat data ini adalah bernilai USD 2 bilion.

Dengan pembinaan pusat data Google ini, ia dianggarkan akan menyumbang sebanyak USD 3.2 billion kepada KDNK negara dan mencipta lebih 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030. Pusat data ini akan mengehoskan beberapa perkhidmatan Google termasuk Search, Maps, Workspace dan servis AI, membolehkan syarikat tempatan memanfaatkan perkhidmatan awan Google dengan lebih pantas dan rendah latensi.

[Sumber: datacentredynamics] [Sumber gambar]

Tags: elminaGooglegoogle malaysiaPearl ComputingPearl Computing MalaysiaSime Darbysime darby property
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sime Darby tandatangani perjanjian RM5.6b untuk pusat data Google fasa ke-2

Sime Darby tandatangani perjanjian RM5.6b untuk pusat data Google fasa ke-2

5 December 2024
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN